Doktor terkejut tengok imbasan x-ray pesakit ini, penuh telur cacing pita diseluruh badan dan lengan

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Doktor terkejut tengok imbasan x-ray pesakit ini, penuh telur cacing pita diseluruh badan dan lengan. DOKTOR dari Brazil baru-baru ini mengejutkan orang ramai dengan berkongsi gambar imbasan X-ray seorang lelaki yang menghidap cysticercosis dan badannya dipenuhi dengan telur cacing pita (cysticerci) yang tidak aktif.

Petugas dari Hospital Das Clínicas, Botucatu, Sao Paulo, Doktor Vitor Borin de Souza berkongsi gambar X-ray di Twitter miliknya untuk menunjukkan kepada pengikutnya betapa teruknya jangkitan cacing pita.

Beliau menjelaskan bahawa bintik-bintik putih kelihatan di seluruh badan dan lengannya adalah telur cacing pita berikutan jangkitan dengan parasit usus biasa.

“Nasib baik, pesakit ini datang buat pemeriksaan berikutan batuk yang berterusan.

“Dia bertuah, jangkitan tersebut tidak berbahaya kerana semua telur cacing pita itu tidak mampu berkembang hidup,” katanya.

Doktor terkejut tengok imbasan x-ray pesakit ini, penuh telur cacing pita diseluruh badan dan lengan

Walaupun dianggap jarang berlaku di Brazil, dengan kurang daripada 150 ribu kes setahun, cysticercosis adalah penyakit yang disebabkan oleh ‘pengambilan’ telur cacing pita.

Ia biasanya berlaku dalam perumah cacing pita dan perantaraan yang biasanya seperti babi dan lembu.

Namun, manusia kadang kala boleh menjadi perumah perantaraan juga. Hampir mana-mana atau semua organ manusia boleh dijangkiti telur parasit.

“Perkara ini sangat mengerikan untuk dibayangkan dan lebih sukar untuk dilihat. Cysticercosis adalah kebimbangan sebenar di negara-negara yang peraturan asas kebersihan sering diabaikan.

“Walaupun mana-mana organ boleh dijangkiti cysticerci tetapi otak adalah yang paling bermasalah.

“Neurocysticercosis menyebabkan 50,000 kematian setiap tahun dan merupakan punca paling biasa epilepsi diperoleh di seluruh dunia,” jelasnya.

Kajian menunjukkan bahawa cysticercosis besar-besaran seperti kes yang dipaparkan dalam X-ray Dr. Souza berlaku kepada pesakit imunosupresi yang mempunyai sistem imun lebih lemah.

Sementara itu, menurut Mayo Clinic, cacing pita adalah parasit yang boleh hidup dan makan dalam usus manusia. Ini dipanggil jangkitan cacing pita.

Cacing pita yang muda dan tidak aktif dipanggil sista larva. Ia boleh kekal hidup di bahagian lain badan dan ini dipanggil jangkitan sista larva.

Cacing pita di dalam usus sering menyebabkan gejala ringan manakala gejala sederhana hingga teruk mungkin termasuk sakit perut dan cirit-birit.

Bagi sista larva pula boleh menyebabkan penyakit serius jika ia berada di dalam otak, hati, paru-paru, jantung atau mata seseorang.

Jangkitan cacing pita dirawat dengan ubat antiparasit. Rawatan untuk jangkitan sista larva pula mungkin termasuk ubat antiparasit dan pembedahan untuk membuang sista.

Ubat lain juga boleh digunakan untuk merawat gejala.

Gejala jangkitan bergantung kepada tempat jangkitan berlaku di dalam badan.

Jangkitan cacing pita dalam usus

Cacing pita dalam usus mungkin tidak menimbulkan gejala. Keterukan gejala bergantung kepada bilangan cacing pita malah setiap gejala yang dialami itu berbeza-beza.

Beberapa gejala lebih cenderung dengan spesies cacing pita itu sendiri. Antara gejalanya termasuklah:

  • Sakit perut atau rasa macam nak muntah
  • Hilang selera makan
  • Cirit-birit
  • Pengurangan berat badan
  • Bergas
  • Mengidam makanan masin
  • Jangkitan sista larva

Gejala jangkitan sista larva bergantung pada tempat ia menyebabkan penyakit dalam badan.

Sekiranya sista larva di otak atau tulang belakang, ia boleh menyebabkan gejala berikut:

  • Sakit kepala
  • Sawan
  • Pening
  • Sakit saraf di tulang belakang atau anggota badan
  • Kelemahan otot
  • Penyelarasan yang lemah
  • Perubahan dalam pemikiran atau tingkah laku
  • Dalam pada itu, jangkitan sista larva di organ lain pula boleh menjejaskan cara organ tersebut
  • berfungsi.

Dalam sesetengah kes, ketulan boleh dirasai. Terdapat juga kesakitan dan bengkak di tempat jangkitan sista larva.

BACA:
“Memang betul kata orang, dalam rezeki kita ada rezeki orang, dalam kelam kabut aku tengah bungkus nasi lemak…”
“Kangkang kaki dan letak belon ipin di atasnya” – Wanita luah rasa kecewa, anak ikut aksi ranjang ibu bapa
Gara-gara meminati dan mengidolakan, peminat hadiahkan sebidang tanah di bulan untuk Shah Rukh Khan

Leave a Comment