TerasMalaysia

‘Dominic Toretto’ cari rezeki halal di bazar ramadan raih perhatian ramai

‘Dominic Toretto’ cari rezeki halal di bazar ramadan raih perhatian ramai

Jika anda pernah menonton filem Fast and Furious sudah pasti mengenali pelakon utamanya yang membawa watak Dominic Toretto.

Watak Dominic, atau dikenali sebagai Dom itu dimainkan pelakon popular, Vin Diesel yang dikehendaki polis kerana kegiatan lumba haram di jalan raya selain melakukan kekacauan.

Kecoh baru-baru ini di media sosial seorang lelaki mirip Dom ditemukan warganet sedang menjual kunafa di Bazar Ramadan Bandar Baru Uda, Johor Bahru.

@flamjars

bro selling kunafa for family

♬ Bandoleros – Don Omar

Lelaki tersebut yang jelas mendapat perhatian ramai orang dek kerana kemiripannya dengan pelakon tersebut.

Rata-rata orang ramai turut geli hati melihat gaya serta penampilan lelaki tersebut yang begitu mirip dengan watak Toretto lakonan Vin Diesel dalam filem aksi terkenal, Fast and Fariuos. Ada juga pengguna media sosial memberikan komen mencuit hati setelah melihat video tersebut mengatakan Dom Toretto juga terjejas disebabkan kos sara hidup yang tinggi.

Sumber

Baca : Macam mana orang Islam yang tinggal di negara ‘midnight sun’ menjalankan ibadah puasa? Ini penjelasannya.

Leave a Comment