Dua Kanak Kanak Maut Akibat Rumah Terbakar

Dua Kanak-Kanak Maut Akibat Rumah Terbakar

Dua kanak-kanak ditemukan maut selepas rumah mereka di Jalan Dewan Simpang Tiga, Kampung Tanggut, Gombak, terbakar, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu, jam 3.54 pagi tadi.

“Seramai 17 anggota bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gombak dan BBP Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami mendapati terdapat sebuah rumah teres terbakar 70 peratus dan mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengawal kebakaran,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Norazam berkata, pihaknya menemui dua mangsa di dalam bilik utama salah sebuah rumah iaitu seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan dan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun.

“Kanak-kanak yang ditemukan rentung itu Nur Syaza Alfisya Muhammad Faizan, 9 dan adik lelakinya berusia enam tahun Muhammad Al Qayyum Muhammad Faizan.

“Difahamkan ketika kejadian, pintu jeriji kediaman berkenaan berkunci, dengan ibu bapa mangsa dikatakan keluar rumah,” katanya.

Jakel Shah Alam Hangus Dijilat Api. 80 Peratus Musnah Terbakar !! (VIDEO)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *