Dua Lelaki Maut, Padah Akibat Berlumba
Terdapat sebuah kemalangan di Kilometer 65 Jalan Sandakan-Lahad Datu, Kinabatangan pada pukul 11 malam tadi. Dua lelaki warga asing yang dipercayai berlumba maut selepas insiden terbabit. Kedua-duanya disahkan meninggal dunia lokasi kejadian akibat parah.
Sementara, seorang lagi penunggang motosikal yang selamat dipercayai lari dari kawasan kemalangan.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan Superintendan Dzulbaharin Ismail berkata, kemalangan membabitkan tiga motosikal yang ditunggang tiga pekerja ladang di daerah ini.
Menurutnya, siasatan awal di lokasi mendapati, sebelum kemalangan ketiga-tiga penunggang motosikal itu bergerak dari arah Lahad Datu menuju ke arah Sandakan, disyaki berlumba.
“Namun penunggang dilaporkan hilang kawalan sebelum berlanggar antara satu sama lain menyebabkan ketiga-tiga motosikal terbabas ke bahu jalan.
“Akibatnya, dua lelaki disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Kinabatangan manakala seorang lagi tidak dijumpai di lokasi dipercayai beredar dari kawasan kemalangan,” katanya hari ini.
Katanya, kedua-dua mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk dibedah siasat.
“Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua penunggang tidak disyaki mabuk namun sampel darah dan air kencing sudah diambil untuk tindakan selanjutnya.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Akibat Cemburu, Suami Sanggup Belajar Buat Bom Melalui Youtube