Dua orang ahli politik dirakam bergaduh semasa sesi debat ketika siaran langsung program rancangan televisyen.
Dua orang ahli politik Pakistan dirakam bergaduh semasa sesi debat ketika siaran langsung program rancangan televisyen di Express TV, lapor Hindustan Times.
Pergaduhan itu melibatkan pemimpin Liga Muslim Pakistan (PML) dan seorang tokoh terkemuka yang dikaitkan dengan Tehreek-e-Insaf Pakistan (PTI).
Pergaduhan dua individu terbabit dikatakan telah tular di media sosial di seluruh dunia.
Ketika kejadian, isu politik sedang hangat didebatkan sehingga menyebabkan berlakunya pertikaman lidah.
Salah seorang daripada individu tersebut kemudiannya berdiri dan mula menyerang salah seorang lagi individu yang berada di sampingnya.

Menurut laporan, debat itu telah disiarkan dalam rancangan yang dinamakan sebagai ‘Kal Tak’ dan dihoskan oleh pengacara TV popular Pakistan, Javed Chaudry di Express TV.
Berdasarkan laporan Daily Pakistan, kedua-dua pemimpin itu mula memanggil pemimpin tertinggi masing-masing sebagai seorang penjilat.
Senator PML kemudian menuduh pengerusi PTI mengadakan rundingan pintu belakang dengan anggota tentera dan melakukan beberapa kesalahan.
Pertengkaran tidak lama kemudian bertukar menjadi peribadi apabila kedua-dua pemimpin mula mengheret keluarga masing-masing.
Dalam video tular itu, pemimpin PTI dilihat bangun dan memukul kepala rakan pemimpinnya.
Senator PML lalu bangun dan menolak pemimpin PTI jatuh ke lantai lalu menampar dan menendangnya.
Kakitangan televisyen itu dilihat bergegas membantu untuk menenangkan kedua-dua pemimpin tersebut.
Beberapa jam selepas pergaduhan itu, senator berkongsikan berkenaan kejadian itu di laman X miliknya.
“Dia menyerang saya dalam program bual bicara semalam, saya menolak kepada keganasan tetapi saya adalah askar Nawaz Sharif.
“Helah yang dilakukan adalah pengajaran penting kepada semua ahli PTI,” tulisnya.
Sementara itu, pemimpin PTI mengecam Express TV kerana tidak mengeluarkan rakaman penuh sebelum pergaduhan tersebut tercetus.
“Jika Express TV mahukan keputusan awam mengenai isu pergaduhan yang berlaku, diminta untuk tidak sembunyikan ia daripada orang ramai.
“Express TV mempunyai rakaman perbincangan penuh selama lima atau enam minit yang membawa kepada pergaduhan itu. Mengapa rakaman itu tidak dikongsi kepada orang ramai?” jelas pemimpin PTI tersebut berkenaan situasi itu.
BACA:
Cikgu selar penggubal silibus topik mata wang, pelajar darjah 3 dapat soalan matematik yang susah
Mcdonald’s dedah cerita sebenar, ada perkara yang berlaku sebelum insiden peket sos RM1
“5 tahun aku menjanda, rasa sunyi pula bila anak ikut bekas suami, aku cuba dating apps untuk isi kekosongan tapi..”