Dunia Bakal Mengalami Kemarau Pada Tahun 2023 Pakar

Dunia Bakal Mengalami Kemarau Pada Tahun 2023 – Pakar

Suhu global pada tahun 2023 diramalkan menjadi lebih panas berbanding tahun ini, dan menjadi salah satu yang terburuk dalam rekod.

Jabatan Meteorologi menjelaskan bahawa kesan penyejukan yang dikenali sebagai La Niña berkemungkinan akan berakhir selepas berada selama tiga tahun di mana sebahagian daripada kitaran cuaca semula jadi.

Malah, mereka turut menyatakan kesan pemanasan perubahan iklim yang berlaku adalah disebabkan oleh manusia.

Justeru, kerajaan di seluruh dunia telah bersetuju untuk mengurangkan pelepasan bagi mengekalkan kenaikan suhu di bawah 1.5 Celcius bagi mengelakkan perubahan iklim yang lebih teruk.

Dunia telah menjadi panas sekitar 1.1 Celcius berbanding tempoh sebelum Revolusi Perindustrian pada 1750-1900, apabila manusia mula membakar sejumlah besar bahan api fosil dan melepaskannya ke atmosfera.

Gambar Hiasan

Pada 2022 rekod suhu terpanas dipecahkan di pelbagai bahagian dunia termasuk di England yang direkodkan melebihi 40 darjah Celsius.

Kebakaran hutan yang teruk melanda bahagian Eropah dan Australia dikaitkan dengan cuaca panas. Sementara itu, cuaca di Pakistan dan India sangat panas kerana suhu mencecah 51 darjah Celsius.

Dalam satu kajian, saintis menyimpulkan bahawa suhu yang panas ini berkemungkinan disebabkan oleh perubahan iklim.

Peningkatan suhu dijangka memberi kesan buruk kepada manusia dan alam semula jadi, termasuk kemarau dan penyakit yang kerap disebabkan oleh cuaca panas.

”Nasib Tak Buta!”,Juruterbang Hampir Hilang Kawalan Kerana Laser Memancar Ke Udara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *