TerasMalaysia

Duta dari Jepun ‘speaking’ bahasa Arab dengan YB di Kelantan, belajar ketika belajar di Mesir selama 2 tahun

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Duta dari Jepun ‘speaking’ bahasa Arab dengan YB di Kelantan, belajar ketika belajar di Mesir selama 2 tahun.

Kemahiran seorang lelaki yang juga duta Jepun dalam berbahasa Arab ketika mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan baru-baru ini mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh akaun Tik Tok @akhimal81, Takahashi Katsuhiko dilihat sedang mengadakan pertemuan bersama Datuk Mohd. Nassuruddin di Pejabat Menteri Besar Kelantan.

Katsuhiko memberitahu, sebelum berangkat ke Kelantan, dia sangat berminat untuk berbicara bahasa Arab bersama YB, yang sebelum ini pernah belajar di Mesir.

“Saya menghabiskan masa dua tahun di Mesir untuk memperoleh penguasaan bahasa Arab yang merupakan satu kemahiran yang amat istimewa bagi saya.

“Saya merasa kagum terhadap kepimpinan Kelantan dan saya turut berbangga dapat menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa perantaraan,” jelas Katsuhiko.

Duta dari Jepun 'speaking' bahasa arab dengan YB di Kelantan, belajar ketika belajar di Mesir selama 2 tahun

Pertemuan itu mendapat banyak reaksi positif di media sosial, dengan pengguna berasa kagum dengan kemahiran bahasa Arab yang dipamerkan duta Jepun tersebut.

“Dari zaman Tok Guru lagi dia selalu datang jumpa MB. Jika MB ada, baru dia melawat kilang Rohn-Waki yang paling lama di Kelantan,” ulas @pandateam414.

“Rasa malu pula sebab kita tidak pandai berbahasa arab,” Komen Ciksu Lina.

“Dua orang dari negara yang berbeza, tapi memahami satu bahasa yang sama,” Tambah Vanessa.

@akhimal81 #kelantantiktok #tahunbaharu2023 ♬ original sound – Doffy
BACA:
Kenapa nyamuk suka dan selalu terbang keliling kepala kita? Ini rupanya punca yang buat ramai terkejut
Selain memperkemaskan wayar dari berselirat, ini fungsi lain yang boleh dicuba pada meja pejabat yang ramai tak tahu
100 pelajar sekolah alami penyakit misteri, tiba-tiba tak dapat berjalan dan lumpuh di bahagian kaki

Leave a Comment