Ebit Liew Ziarah Abang Yang Anaknya Dibaham Buaya

Oleh Azwan

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Ebit Liew Ziarah Abang Yang Anaknya Dibaham Buaya.

Dari Jakarta terus ke Sabah ziarah abang ni. Menangis saya masa melihat kejadian itu. Anaknya umur 2 tahun. Teringat-ingat.

Berulang abang tu cakap “Anak saya belum jumpa. Anak saya belum jumpa lagi. Anak saya belum balik”
Anak itu penemannya ke mana-mana. Rapat dengannya. Jauh pandangannya. Termenung jauh. Depan mata dan berusaha berenang mencari anaknya walau bahaya menanti. Itulah seorang ayah. Begitulah sifat ayah sanggup beri nyawa demi anaknya.
Sabar ya abang. Berat ujian abang. InsyaAllah jumpa di sana nanti. Ya Allah beri ketabahan pada abang ini.


Kami hadiahkan bot dan enjin untuknya. Beri sedikit kata semangat dan doa.
Disaat kita rasa ujian kita berat ada orang jauh lebih berat ujiannya. Bersyukurlah dalam hidup ini. Hargai apa yang kita miliki.
Terima kasih NH Travel Sabah mudahkan kami beli bot dan selalu menyediakan kenderaan untuk kami sepanjang kami di sana. Terima kasih yang bersama kami di Pertubuhan Kasih Umat Malaysia.

Leave a Comment