TerasMalaysia

Elak menjadi mangsa dendam politik Muhyidin & Hadi. Punca BN sertai Kerajaan Perpaduan

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Pemimpin BN dan UMNO didakwa akan menjadi mangsa dendam politik pihak lawan sekiranya tidak bersetuju menyertai Kerajaan Perpaduan.

Kata Timbalan Pengerusi Umno Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed, Pengerusi BN yang juga Presiden Umno banyak berkorban selepas parti itu kalah teruk pada 2018 dan juga memainkan peranan penting kepada penubuhan Kerajaan Perpaduan ketika ini.

“Jika tidak kerana keputusan Ahmad Zahid untuk bersetuju dengan cadangan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menubuhkan Kerajaan Perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH), mungkin pemimpin BN dan Umno akan terus menjadi mangsa dendam politik pihak lawan terutamanya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Mungkin ramai lagi orang Umno akan jadi mangsa pendakwaan politik seperti yang dihadapi oleh Ahmad Zahid sendiri. Sepatutnya Umno dan BN berterima kasih kepada Ahmad Zahid kerana menyelamatkan parti dari kehancuran,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahmad Zahid dan Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof mengangkat sumpah sebagai Timbalan Perdana Menteri, Sabtu lalu.

Kerajaan Perpaduan mempunyai 28 menteri adalah Kabinet lebih kecil berbanding 31 jemaah menteri dalam kerajaan yang terbentuk sebelum ini.

Dalam pada itu, Nur Jazlan yang juga Ketua Umno Bahagian Pulai berkata, beliau tidak kisah jika ada pihak yang melabelnya sebagai ‘budak’ Ahmad Zahid.

“Tidak kurang juga ada pihak yang menuduh saya bodoh kerana masih mengikut Ahmad Zahid. Namun satu benda yang saya ingat adalah jasa besar Ahmad Zahid.

“Beliau sentiasa bersama saya ketika susah dan senang. Beliau tak pernah lupakan jasa Allahyarham ayah saya (Tan Sri Mohamed Rahmat) dan dia tak pernah tinggalkan saya biarpun dia berada di puncak kuasa.

“Beliau jugalah yang menyelamatkan Umno daripada dikuburkan oleh bekas Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad. Jika bukan kerana Ahmad Zahid tamakkan kuasa dan hanya fikir kepentingan diri, tahun 2018 mungkin menjadi sejarah tamatnya riwayat Umno,” katanya.

Leave a Comment