TerasMalaysia

Esok Akan Diumumkan Harga Baharu Telur Yang Mungkin Lebih Murah

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sukacita memaklumkan harga baharu telur akan diumumkan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu pada esok.

“Dengan pengumuman itu, ia akan mengurangkan kebergantungan kepada kartel, jadi kita harap jumlah pengeluaran telur cukup di pasaran dan harganya itu akan dikurangkan,” demikian kata beliau dalam sidang media pada Isnin.

Difahamkan, penyelarasan harga baharu telur di pasaran tersebut dipercayai sebagai langkah awal kerajaan pimpinannya untuk mengimbangi semula kos sara hidup rakyat seperti yang diuar-uarkan sebelum ini.

Dalam pada itu, beliau turut berkata mulai 1 Jan 2023, cabutan khas perjudian diturunkan kepada lapan kali setahun berbanding 22 kali semasa kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.

Kenyataan beliau mengenai harga telur berkenaan boleh dirujuk menerusi video penuh siaran langsung di bawah pada durasi minit ke-11.

Sumber: Awani

Leave a Comment