TerasMalaysia

EX5 dream ‘amfibia’, guna wayar mesin basuh untuk elak karburatur masuk air, siap ubahsuai tangki minyak

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

EX5 dream ‘amfibia’, guna wayar mesin basuh untuk elak karburatur masuk air, siap ubahsuai tangki minyak.

Setiap kali tiba hujung tahun, penduduk di negeri Pantai Timur pasti bersiap siaga menghadapi bencana banjir.

Seorang pemuda dari Besut, Terengganu, telah menjadi viral di laman TikTok kerana menyediakan sesuatu yang unik untuk mengatasi banjir di kampung halamannya.

Dalam video yang menjadi viral, Mohd Shazril Ikmal menunjukkan kreativiti dengan memodifikasi motosikalnya agar dapat meredah air banjir.

Menurut pemuda berusia 22 tahun itu, motosikal Honda EX5 Dream miliknya dimodifikasi dengan menggunakan bahan asas sahaja, dan kos untuk modifikasi itu hanya RM35.

“Saya pun tak tahu nak jelaskan macam mana. Saya buat modifikasi pada motor EX5 Dream, antaranya saya guna wayar mesin basuh. Wayar itu disambung ke karburator. Proses modifikasi ini hanya bermodalkan RM35. Dapat idea daripada kawan-kawan, tapi untuk tangki minyak tu, ia idea saya sendiri,” ujarnya ketika dihubungi mStar.

EX5 dream 'amfibia', guna wayar mesin basuh untuk elak karburatur masuk air, siap ubahsuai tangki minyak

Menurut Shazril, orang bandar mungkin terkejut dengan inovasi ini, tetapi bagi penduduk Pantai Timur, ini adalah perkara biasa. Dia menjelaskan bahawa video yang menjadi viral baru-baru ini direkam semasa banjir pada tahun lepas, dan dengan banjir melanda Terengganu lagi pada tahun ini, dia bersedia untuk membuat modifikasi pada motosikalnya sekali lagi.

“Sebenarnya video viral itu direkam semasa banjir tahun lepas. Cuma baru post di TikTok. Saya dah buang segala modifikasi pada motor. Tapi saya mahu buat modifikasi lagi tahun ini. Kawasan rumah saya di Besut masih belum banjir. Motor itu boleh tahan dalam air, tapi kena tengok keadaan plug juga. Kalau plug tu kuat, boleh tahan lama dalam air. Tapi selalunya enjin akan mati kalau plug tak kuat,” jelasnya.

Video motosikal ‘amfibia’ itu telah mendapat 2.7 juta tontonan di TikTok dan menerima pelbagai komen positif dari netizen.

“Tengok komen baru tahu benda ni luar biasa bagi yang di bandar tapi tidak pada yang duduk di Pantai Timur. Tiap tahun ada orang modifikasi motor macam ni untuk main air. Shazril mengubah suai motosikal itu sewaktu banjir tahun lalu. Tak boleh buat motor terbang, buat motor selam. Jepun tengok, dia senyum je. Honda memang tahan. Inovasi sebenar datang dalam masa-masa yang memerlukan,” tulis beberapa netizen.

Atas permintaan ramai netizen, Shazril turut memuat naik satu video tutorial untuk mengubah suai motosikal bagi digunakan untuk meredah air banjir.

@suyrill_ Musim dio nak mari dah#banjir #ex5 #videofeed ♬ ujang_tranungnihboh – TranungNihBoh🈂️
BACA:
Wanita 30-an diganggu Datuk ‘miang’, kemurungan gara-gara dipaksa berkali-kali jumpa di hotel
SPRM beku akaun Aman Palestin, RM70 juta dana awam diseleweng pihak tak bertanggungjawab
Orang luar kena ‘sekolah’ dengan penduduk Pulau Pinang, gara-gara minta ‘air mangkuk’

Leave a Comment