Fakta yang mengejutkan tentang kucing, bagaimana cara haiwan ini melihat dan fikir tentang manusia

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Fakta yang mengejutkan tentang kucing, bagaimana cara haiwan ini melihat dan fikir tentang manusia

Selama bertahun-tahun, ramai yang tertanya-tanya bagaimana kucing melihat manusia, dan sudah ada jawapan daripada saintis dan sarjana. Kita perlu memahami bahawa anjing itu adalah kawan baik manusia kerana kesetiaannya, tetapi berhati-hati, kerana kucing mungkin sama dan kami salah tafsir.

Pernahkah terlintas di fikiran anda, bagaimana kucing berfikir tentang kita?

Adakah kita dianggap sebagai tuan, kawan mahupun sama seperti kucing-kucing lain?

1. Cara kucing bermain berbeza dengan cara anjing

Tiada siapa yang boleh membaca fikiran kucing untuk mengetahui pendapat haiwan itu tentang kita.

Walau bagaimanapun, saintis telah memerhati kucing untuk masa yang lama dan mendapati bahawa cara kucing berfikir tentang kita berbeza dengan cara anjing melihat manusia.

Telah terbukti bahawa, cara anjing bermain dengan manusia tidak sama apabila ia bermain sesama anjing. Haiwan itu cenderung untuk memusatkan perhatian kepada emosi manusia apabila berinteraksi dengan kita.

Sebaliknya, kucing lebih suka menyendiri dan tidak begitu bersedia untuk bemain serta berinteraksi dengan orang.

2. Kucing melayan manusia sama seperti ia melayan kucing

Melihat kepada tingkah laku kucing ketika anda berada di sekelilingnya, anda mungkin akan menyedari bahawa kucing memaparkan tingkah laku yang sama ketika ia bersama-sama kucing lain.

Contohnya, kucing menunjukkan kasih sayang kepada anda dengan cara menggosok badannya kepada badan anda.

Ia juga menggunakan bahasa badan dan bunyi untuk menyatakan perasaannya serta duduk di sebelah anda untuk menemani dan berasa selesa. Haiwan itu juga merapikan anda dengan menjilat kulit atau rambut anda.

Perlakuan yang serupa akan dilakukan ketika ia berada di sekeliling kucing-kucing lain seperti mengeluarkan dengkuran, bergesel antara satu sama lain begitu juga merapikan diri (menjilat), duduk berbaring berdekatan untuk keselesaan dan perlindungan.

3. Kucing melihat anda sebagai ibu bapa

Anak kucing bergantung kepada ibu mereka untuk kasih sayang, perlindungan dan makanan.

Ramai saintis percaya bahawa kucing melihat manusia dengan cara yang sama seperti anak kucing melihat ibu mereka.

Dalam erti kata lain, kita tidak lebih daripada kucing besar yang memberi makan, perlindungan dan kasih sayang.

Menurut kajian yang dilakukan pada tahun 2019, mendapati bahawa kucing melihat manusia sebagai ibu bapa.

Haiwan itu mempunyai keterikatan yang sama dengan pemiliknya seperti yang ditunjukkan oleh bayi kepada ibu bapa mereka.

Baca : Pemilik terkilan tengok rumah lepas 10 tahun tak jenguk, tak sangka pihak pengurusan sanggup buat begitu

Leave a Comment