TerasMalaysia

’Fitting room’ dah tak selamat, ada orang jual video orang tukar pakaian di media sosial

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

’Fitting room’ dah tak selamat, ada orang jual video orang tukar pakaian di media sosial. TAKUT! Sudah pasti perasaan inilah yang terlintas apabila melihat satu ciapan tular di media sosial baru-baru ini.

Hantaran tersebut merupakan tangkap layar memaparkan empat video berbeza yang dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) di salah sebuah premis pakaian H&M di ibu kota.

Difahamkan, video tersebut ‘dijual’ oleh individu tidak bertanggungjawab yang dipercayai meletakkan CCTV bagi merakam gerak geri pelanggan yang mencuba pakaian di bilik persalinan (fitting room).

’Fitting room’ dah tak selamat, ada orang jual video orang tukar pakaian di media sosial

Malah, menerusi salah satu daripada empat tangkap layar rakaman, CCTV yang dipasang juga secara tidak sengaja merakam aksi tidak senonoh pasangan kekasih di dalam fitting room tersebut.

Hantaran asal yang tular.

’Fitting room’ dah tak selamat, ada orang jual video orang tukar pakaian di media sosial

“Memang lepas ni beli baju tak ada nak fitting-fitting (mencuba pakaian) bagai. B**i scary s**l.

“Wanita di luar sana, sila berhati-hati,” tulis pelayar tersebut di ruangan kapsyen.

Susulan hantaran yang menjadi tular, pelayar itu kemudian memuat naik satu mesej didakwa dihantar oleh ‘mangsa’ yang mengaku dirinya adalah salah seorang individu dalam tangkap layar rakaman itu.

Menurut mangsa, rakaman dibuat sekitar Oktober 2022.

“Saya jumpa awak punya (akaun) Twitter tentang fitting room tu. Boleh saya tahu dari mana datangnya semua video tu? Sebab salah seorang dalam video tu adalah saya.

“Video tu membuatkan saya rasa malu apabila dimuat naik secara umum. Saya harap awak boleh tolong saya,” luah mangsa.

Salah seorang mangsa tampil mengesahkan posting yang tular.

’Fitting room’ dah tak selamat, ada orang jual video orang tukar pakaian di media sosial

Dalam bebenang ciapan tersebut, pelayar ini mencadangkan agar mangsa membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk tindakan sewajarnya.

Pada hantaran sama, dia juga mendedahkan tentang keberadaan kamera yang dipasang dalam bilik persalinan itu berdasarkan satu lagi mesej yang dihantar mangsa.

“Saya ada teringat sesuatu. Masa ni saya dekat fitting room hujung belah kiri,” dakwa mangsa mengimbas kembali kejadian pada hari tersebut.

Terbaharu, premis pakaian berjenama H&M menghubungi pelayar tersebut dengan menyatakan bahawa satu laporan polis telah dibuat berikutan isu tular ini.

“Keselamatan semua pelanggan merupakan perkara paling penting bagi kami.

Pihak H&M membuat laporan polis berkenaan isu berbangkit.

“Satu laporan polis telah dibuat dan siasatan sedang dijalankan.

“Kami juga telah menjalankan pemeriksaan di semua bilik persalinan dan memastikan bahawa tiada sebarang ‘pencerobohan’ sekuriti yang menjejaskan privasi pelanggan kami,” katanya.

Hantaran asal itu bagaimanapun dipadam oleh pelayar tersebut namun menjadi tular di media sosial lain.

Sementara itu, rata-rata netizen meluahkan kebimbangan mereka susulan tangkap layar tular ini.

BACA:

Lelaki terkejut dengan perangai isteri lepas kahwin, muka cantik, tapi…

Ini penjelasan yang tepat tentang masalah OCD dan OCPD yang ramai tak tahu, sangat jauh beza

Tinggi ilmu pakcik ni, selamba tegur ‘cik pon’ tengah duduk sambil tengok tv di sebuah hospital

Leave a Comment