Followers terkejut banyak video tak senonoh dimuat naik dalam Facebook milik SPA Negeri Perak

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Followers terkejut banyak video tak senonoh dimuat naik dalam Facebook milik SPA Negeri Perak.

Facebook rasmi milik Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Negeri Perak dilaporkan telah digodam pihak tidak bertanggungjawab.

Semakan mendapati, akaun tersebut telah digodam sejak jam 12.47 tengah hari Isnin, 16 Oktober.

Penggodam bertindak memuat naik sejumlah video yang menunjukkan beberapa wanita yang hanya memakai pakaian dalam dan melakukan aksi-aksi tidak senonoh.

Kali terakhir SPA Perak mengemaskini akaun Facebooknya adalah pada 27 September lalu mengenai makluman semakan keputusan ujian kecergasan bagi Pembantu Operasi Gred N11.

Ramai pengikut akaun Facebook rasmi itu terkejut dengan video-video tersebut. Ada segelintir netizen berpendapat, kemungkinan pengendali akaun tersebut secara tidak sengaja menekan link yang diberi oleh penggodam.

Followers terkejut banyak video tak senonoh dimuat naik dalam Facebook milik SPA negeri Perak

“Haa.. menjawablah siapa yang menjaga page ini esok. Orang suruh bertugas, bukan pergi klik pautan bukan-bukan,” kata netizen.

“Adui.. kena hack pula. Sudahlah penempatan pun tak tahu lagi ni,” tambah netizen lain.

BACA:
Mark Adam cerita detik sebelum memeluk agama islam, terima pelbagai tanggapan sebelum hati terbuka
Pengguna platform X dikecam dan dicari, samakan Allah dengan karakter Zordon dalam filem Power Rangers
Duta dari Jepun ‘speaking’ bahasa Arab dengan YB di Kelantan, belajar ketika belajar di Mesir selama 2 tahun

Leave a Comment