’Founder’ kosmetik tinggal bersekedudukan dengan suami selama 9 tahun, baru tahu wali sebenarnya dah lama ‘mati’
Antara rukun perkahwinan ialah wali, wali pada bahasa ialah pelindung atau penolong manakala pada istilah syarak ialah mereka yang memiliki kuasa untuk mengahwinkan orang yang berada di bawah kuasa
perwaliannya dengan syarat-syarat yang tertentu.
Wali mempunyai turutan tertentu seperti yang dijelaskan oleh hukum syarak. Pelanggaran terhadap hak wali memberi implikasi hukum terhadap kesahan perkahwinan.
Namun zaman kini, rupanya ramai isteri dan anak telah dianiaya gara-gara terjebak dalam pelbagai sindiket penipuan.
Seperti yang terjadi kepada Datuk Seri Azlina Hanim Hasan menyedari bahawa pernikahan pertamanya tidak sah (syubahah) akibat pemalsuan dokumen.
Ujar Datuk Seri Azlina Hanim Hasan, lelaki bergelar Datuk itu dipercayai telah mengupah seorang lelaki untuk menyamar sebagai wali palsu. Hasil siasatan mendapati pemilik identiti sebenar wali itu rupanya sudah tiada sejak tahun 1964, sedangkan mereka bernikah pada 2013 di sebuah rumah dekat Keramat.
Selain wujud unsur pemalsuan dokumen, malah beliau baru tahu status lelaki itu adalah duda ketika bernikah dengannya. Datuk Seri Azlina akui dirinya seolah dipukau, apabila tidak peduli langsung mengenai pendaftaran nikah sehingga melahirkan anak seorang demi seorang. Meskipun begitu, usahawan berusia 36 tahun ini berasa pelik apabila anak-anaknya boleh pula dibinkan nama bekas suami.
Dalam pada itu, tuntutan saman sebanyak RM10 juta bakal dibuat terhadap bekas suaminya kerana menipu ketika bernikah. Meskipun sudah berderet anak hasil perkongsian hidup bersama, namun statusnya bukan janda sekali gus menyebabkan beliau tiada edah. Selain itu, Datuk Seri Azlina Hanim juga sedang dalam proses membuat tuntutan nafkah anak yang bakal diputuskan Mahkamah Syariah Sabak Bernam hujung Februari nanti.
Baca : Guru risau dengan remaja sekarang, baru masuk tingkatan 1 dah terjebak dengan gejala ‘sexting’