TerasMalaysia

Founder terkenal tolong orang ramai untuk nama, bagitahu masa “oncall” dedah individu ini

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Founder terkenal tolong orang ramai untuk nama, bagitahu masa “oncall” dedah individu ini

Nama personaliti media sosial dan usahawan terkenal heboh di ruangan media sosial TikTok selepas terdapat individu mendedahkan mengenai sikap pembantu peribadinya.

Menerusi pendedahan tersebut, individu itu berkata pempengaruh tersebut dikhabarkan memilih projek yang hanya akan memberi keuntungan kepada pihak mereka sahaja.

Perkara tersebut timbul selepas individu itu mahu meminta sumbangan daripada syarikat pempengaruh itu untuk membawa anak muridnya ke Sabah bagi mengurangkan kos pengangkutan.

Jelas individu berkenaan, dia terkejut dengan tindakan pembantu peribadi pempengaruh itu yang seakan biadap dan angkuh.

Biarpun dilayan sebegitu, individu terbabit akur dengan keputusan pempegaruh terbabit yang enggan menyumbang apa-apa tetapi terkilan dengan dengan cara PA tersebut memberi jawapan.

PA kata tak terima dan cakap pihak mereka tak ada peruntukan untuk program macam dan takkan bagi kalau tiada kepentingan.

Disebabkan hal tersebut, individu itu merasakan pempegaruh berkenaan akan tunjuk prihatin kerana mahukan ‘nama’ dan tidak betul-betul ikhlas menghulurkan pertolongan.

Baca : “Jangan datang tuntut” – Lelaki terkejut jumpa barang misteri dalam bag yang dibeli, orang ramai siap bagi pendapat

Leave a Comment