’Founder’ Yang Bergelar Ustazah Buka Pautan Di Media Sosial Tentang Isu Di Atas Ranjang Dikecam

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

’Founder’ Yang Bergelar Ustazah Buka Pautan Di Media Sosial Tentang Isu Di Atas Ranjang Dikecam

Beberapa tangkap layar kini tular mengenai kewujudan satu grup di media sosial yang membincangkan tentang pendidikan seksualiti dan hubungan intim di antara suami dan isteri yang dibuat seolah-olah tanpa batasan.

Dengan menggunakan lenggok bahasa menjijikkan persis novel gersang lucah, perbincangan di grup tersebut terus mendapat sambutan apabila ramai pengikutnya turut mengakui tip-tip di atas ranjang yang dikongsikan memang benar-benar memberi kesan ghairah.

Amat mengejutkan apabila difahamkan kumpulan tersebut sebenarnya diasaskan oleh seorang ‘founder’ produk yang juga bergelar seorang ‘ustazah’!

Isu ini mendapat perhatian Ustazah Sharifah Zahidah yang membuat hantaran berikut di Facebooknya bagi mencegah kemungkaran ini dari berterusan.

Apa hukum menceritakan hal hubungan intim kepada umum atau pada pautan yang boleh diakses umum seperti dalam group atau channel yang bercampur dengan orang luar?

Haram hukumnya atas apa jua alasan.

Usah diselindungkan perbuatan jijik menghalalkan yang haram atas jenama “dakwah” agar isteri “kembali taat pada suami”, atau “jihad demi redha suami”, atau “menjadi bidadari idaman suami”, atau “tuntutan syariat” kena tiptop melayan suami dan sebagainya – sehingga dalam Islam ini terlihat seolahnya cuma adanya syariat berkaitan hal seksual suami isteri saja dan tidak wujud syariat menjaga hal intim dan maruah dalam rumah tangga dan syariat menjaga ikhtilat (percampuran/batas pergaulan lelaki dan perempuan).

Educate wanita tidak salah tentang hal sebegini. Bahkan saya rasa amat perlu untuk memberi pendedahan benar tentang ibadah suami isteri ini. Ianya suatu yang baik. Ada beberapa tulisan yang saya lihat sebagai baik dan teguran yang betul.

Cuma dalam hal ehwal intim yang ditulis itu, tidak kena pada caranya. Jika ingin bawa nama agama, biar selaras dengan cara yang dibenarkan agama.

Jangan tunggang agama untuk nampak apa yang kita buat itu baik dan betul walhal dalam Islam ianya tercela dan berdosa.

Keadaan yang boleh diceritakan adalah pada penguasa/hakim/golongan berautoriti seperti doktor khas/kaunselor rumahtangga/setaraf untuk tujuan pelaksanaan undang-undang, mencari keadilan, atau menyelesaikan masalah dan ianya dilakukan dengan kerahsiaan tinggi dan tatacara yang bermaruah.

Ianya tidak dibicarakan secara enteng dan terbuka,

“Hari ni suami buat macam ni #<>$+*>#<}|]€?,!@£);?&..”

Apatah lagi menceritakan kepuasan masing-masing,

“Best buat macam ni, posisi begini, melepaskan dengan cara begini begitu…”

Contoh di atas ini bukan contoh rekaan, rupanya memang wujud perbualan di atas cuma bahasanya tidak sanggup saya tuliskan kembali.

Soal founder ini bercerita tentang hal dalam lain bukan hal yang ada ruang untuk kita berbeza pendapat, kerana ianya adalah hal yang sudah jelas halal dan haramnya bagaimana di sisi agama.

Islam dah gariskan bagaimana dan dalam keadaan apa kita dibenarkan untuk berbicara tentang hal ini. Bukan sesuka hati dan sesuka nafsu kita boleh berbicara.

Saya jelaskan, ilmu untuk educate wanita tentang hal kelambu adalah ilmu yang baik dengan syarat pelaksanaannya juga baik. Tetapi yang dilakukan oleh founder berkenaan nyata tidak baik dan tidak lebih dari bual-bual lucah yang jauh menyimpang dari tatacara menyebar ilmu dalam Islam. Jadi, yang tertolak bukanlah ilmu atau perjuangannya, tetapi tatacaranya yang bercampur dengan maksiat itu.

Di satu sudut yang lain, kita berusaha buat pendidikan maruah diri untuk anak-anak perempuan yang belum berkahwin, tiba-tiba wujud pula orang yang mengabaikan maruah diri dari kalangan mereka yang berkahwin.

Sebab itu, pendidikan seksualiti perlu dipayungi dengan pendidikan maruah diri.

Seks itu dihalalkan untuk menjaga maruah diri. Kita telah berlaku zalim apabila menjadikan ia sebagai sesuatu yang sebaliknya mencalar maruah diri kerana tatacara kita yang tidak berada atas landasan agama.

Ada netizen kata founder berkenaan adalah ‘ustazah.’

Bagi saya, dakwaan tersebut adalah tertolak dan netizen sekadar menambah untuk ‘memperhangatkan’ cerita.

Pernah pakai niqab, mengikuti pengajian agama, selalu sebut nama syeikh sekian sekian, selalu sebut tentang dakwah dan terma-terma Islamik, bukan tiket untuk kita anggap seseorang itu ustazah.

Dia bukan ustazah dan tidak wajar dianggap ustazah. Netizen pun satu, jangan merumitkan fitnah yang timbul. Kita bersuara untuk jaga agama bukan lagi nak merosakkan atau memfitnah agama kita dengan cara yang kononnya ’nak menjaga agama.’

Awas, perangkap syaitan kiri, kanan, depan, belakang dan bawah. Hati-hati.

Allahualam.

Sumber

Baca : Selepas 20 Tahun, Ini Rupa Terkini Budak Kira Bintang Dalam Filem Terkenal Bollywood

Leave a Comment