TerasMalaysia

Funfair bertukar SADfair bila kejadian menimpa kanak-kanak ini menjadi tragis !

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Gembira bertukar ke tragedi bila 2 wanita dan seorang kanak-kanak cedera dalam kemalangan FunFair di Puncak Alam

Klip yang sempat dirakam pengunjung

SHAH ALAM: Dua wanita dan seorang kanak-kanak cedera selepas terjatuh daripada satu permainan ‘fun fair‘ di Eco Grandeur, Puncak Alam, di sini, malam ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supt Ramli Kasa berkata pihaknya terus bergegas ke lokasi kejadian selepas mendapat panggilan telefon mengenai insiden tersebut kira-kira jam 8.50 malam.

“Ketiga-tiga mereka terjatuh dari permainan ‘Sotong Ride’ ketika sedang bergerak. Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Orang ramai memberikan bantuan kecemasan

Katanya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 6 Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Negeri Selangor 1995 kerana beroperasi tanpa lesen.

Terdahulu, beberapa video dan gambar mengenai kejadian itu tular di laman sosial.

Leave a Comment