Fungsi sebenar ubat gegat yang ramai tak tahu bukan untuk halau lipas sebenarnya

Fungsi sebenar ubat gegat yang ramai tak tahu, bukan untuk halau lipas sebenarnya

Sebut sahaja lipas, pastinya masing-masing berasa geli, terutama bagi mereka yang ‘alergi’ dengan serangga itu.Itu belum lagi jika terlihat kelibat serangga berkaki enam itu melintas di depan mata, pasti golongan penakut lipas akan lari lintang pukang untuk menyelamatkan diri.

Pendek kata, pelbagai cara dilakukan oleh mereka yang takut lipas agar tidak bertembung dengan serangga berwarna coklat gelap itu.

Selalu kita fikir bahawa penggunaan ubat gegat di rumah bertujuan untuk menghalau lipas, bukan? Tapi, dakwaan tersebut adalah salah!

Ubat gegat yang dikatakan mampu menghalau lipas adalah sekadar mitos sahaja.

Ubat gegat sebenarnya racun bagi serangga yang bernama Gegat atau Silverfish. Kebiasaannya masyarakat akan memanggilnya sebagai ulat buku dan selalu disalah sangka sebagai anak lipan.

Serangga ini termasuk dalam serangga perosak kategori Crawling Insect Pest. Meskipun tidak mempunyai bisa, namun ia mampu merosakkan banyak benda dan perabot di rumah. Gegat ini merupakan serangga yang bergerak pantas dan menyukai tempat yang lembap dan sejuk.

Oleh disebabkan pergerakannya yang pantas dan sukar disembur aerosol, ubat gegat digunakan bagi menghalaunya. Ubat gegat diperbuat daripada bahan bakar iaitu Dklorobenzina atau Naftalena (Naphtalene).

Bau yang terhasil daripada ubat gegat merupakan gas yang meruap di udara dan mampu memberi kesan kepada serangga Silverfish ini meskipun tersorok dalam celahan lipatan baju. Ubat gegat juga mampu menghalau serangga lain seperti Moth Ball dan Kamitetep juga tau.

Sebenarnya, gas daripada ubat gegat ini langsung tidak memberikan kesan yang signifikan terhadap lipas. Hal ini disebabkan serangga yang paling dibenci manusia ini memiliki imunisasi terhadap racun. Sebab itu, lipas boleh selamba makan je ubat gegat ini.

Tak percaya, cuba letak ubat gegat ini. Tengok lipas makin kurang atau makin banyak.

Penggunaan ubat gegat ini sebenarnya juga tak berapa bagus untuk kesihatan kita. Terutama untuk orang yang ada masalah penyakit G6PD.

Penggunaan ubat gegat yang berlebihan mampu membahayakan kesihatan. Jadi, jangan letak racun ini berhampiran dengan bahan makanan.

Perkara ini disokong menerusi hasil dapatan kajian yang dijalankan oleh sekumpulan saintis dari Universiti Purdue, Amerika Syarikat pada 2019.

Mereka telah menjalankan kajian terhadap beberapa jenis lipas berbeza dan mendapati serangga berkenaan kini semakin kebal terhadap racun serangga.

Bukan itu, haiwan menjengkelkan ini juga ‘mewariskan’ daya tahan tersebut kepada anak-anaknya.

Boleh jadi, ini juga mungkin alasan yang boleh menyokong dakwaan sesetengah pihak yang pernah melihat lipas memakan ubat tanpa sebarang masalah.

Sumber

Baca : Jenama terkenal persenda islam cetak nama Allah dekat pakaian masa pertunjukan fesyen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *