Gadis alami penyakit misteri lepas picit jerawat yang timbul di hidung
Golongan muda dan juga masalah jerawat memang tidak dapat dipisahkan. Namun sesetengah daripada kita pasti pantang nampak jerawat sudah tentu rasa geram nak picit. Tapi tahukah anda, selain muka senang berparut ada lagi risiko lain bagi yang suka menyentuh bahagian tersebut seperti satu kejadian di Filipina ini.
Malang tak berbau, siapa sangka hanya dengan memicit jerawat sahaja gadis ini mengalami penyakit misteri hingga menyebabkan dirinya kehilangan kedua-dua penglihatannya.
Gadis yang dikenali sebagai Mary Ann Regacho, 17, difahamkan mula mengalami masalah hormon tidak stabil menyebabkan mukanya ditumbuhi jerawat selepas melahirkan anak pada usia 16 tahun.
Mary kemudian memicit beberapa biji jerawat di bahagian hidungnya sebelum mula diserang rasa sakit beberapa hari kemudiannya.
Mary yang berasal dari Filipina ini memberitahu bahawa kesakitan yang dialaminya itu semakin teruk selepas beberapa hari ia memicit beberapa biji jerawat di bahagian hidungnya itu.
Dia juga turut mengatakan keadaannya bertambah parah sehingga mukanya membengkak terutamanya di kawasan yang dipicit olehnya.
“Saya fikir ia hanya jerawat biasa, tetapi sangat menyakitkan sehingga saya tidak dapat tidur malam. Saya cuba segalanya untuk kembali sembuh, tetapi tidak berjaya.
“Sekarang saya rasa wajah saya tidak sama lagi seperti dahulu,” katanya selepas insiden tersebut berlaku.
Menurut Mary, dirinya tidak berkemampuan untuk menjalani rawatan di pusat perubatan kerana suaminya, Albert Sales hanya berkerja ‘part-time’ di ladang jirannya dan tidak memiliki pendapatan yang tetap. Malah, ketika ini juga dia memiliki anak yang berusia setahun.
Sebelum ini, dia pernah pergi ke hospital untuk melakukan pemeriksaan akan wajahnya itu namun dia tidak mampu untuk membayar kos perubatan.
Disebabkan itu, suaminya terpaksa meminta pertolongan ramai bagi menjana pendapatan agar penyakit Mary dapat dirawat dan sembuh seperti sedia kala.