Gadis baru perasan dalam nasi lemak yang habis dimakan nya ada telur extra

Gadis baru perasan dalam nasi lemak yang habis dimakan nya ada ‘telur’ extra

Baru-baru ini, seorang gadis berkongsi pengalaman menjijikkan yang dilaluinya apabila dia menyedari kewujudan bendasing disyaki telur haiwan pada daung pisang yang membaluti nasi lemaknya.

Menerusi video yang dikongsikan di aplikasi TikTok, kelihatan beberapa biji telur bersaiz kecil seperti biji sagu yang tersusun pada daun pisang.

My mom (ibu saya) kata itu telur katak tapi my partner (pasangan) nak sedapkan hati, dia cakap itu biji selasih. Saya tak mahu lagi makan nasi lemak bungkus daun pisang,” tulisnya pada perkongsian video berkenaan.

Tambah gadis berkenaan, dia hanya menyedari kehadiran telur berkenaan selepas menghabiskan sebungkus nasi lemak.

Susulan perkongsian tersebut, rata-rata netizen mempersoalkan mengapa gadis tersebut tidak membuat aduan kepada pemilik kedai, dan bukannya sekadar menularkan di media sosial.

“Kenapa tak bagi terus dekat tauke kedai, complaint (buat aduan) dekat dia?” demikian soal mereka.

Menjawab persoalan yang dibangkitkan netizen, gadis berkenaan menjelaskan situasi sebenar menerusi video yang dimuat naik secara berasingan.

“Sebenarnya saya bagitahu, selepas saya makan tu baru ternampak benda tu. Saya curious la apa benda? Jadi saya tangkap gambar dan hantar kepada ibu dulu sebelum nak rekod sebab saya takut itu sebenarnya makanan.

“Dan ibu saya cakap itu telur katak! Saya macam… biar betul? Mestilah saya takut.

“Kemudian gambar yang saya tangkap tu, terus saya bagi dekat kaunter,” ujarnya.

Bercerita lebih lanjut, gadis berkenaan berkata, pekerja restoran yang berada di kaunter ketika itu juga turut sama terkejut apabila melihat gambar telur yang sempat dirakamkannya.

“Dia macam terkejutlah dan siap istighfar. Dia tanya sama ada saya mahukan apa-apa sebagai ganti rugi. Saya cakaplah nak refund. Tapi dia kata tak boleh, maksud dia kena ganti dengan makanan lain.

“Sebab dah dapat makanan macam tu, sudah tentulah saya tak nak makanan daripada restoran itu lagi. Tapi tak apalah, saya cakap nak sandwich

telur. Nasi lemak yang lagi sebungkus tu, saya tinggal je atas meja,” ujarnya sambil menambah, restoran berkenaan terletak di ibu kota.

Tidak berniat mahu memburukkan restoran berkenaan, gadis tersebut berkata dia sekadar mahu menekankan aspek kebersihan yang sepatutnya dititikberatkan oleh setiap premis makanan.

Baca : Berderau si ibu bila dengar anak sulung nya tiba-tiba menangis dan meminta ‘kakak’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *