
Gadis Ini Nak Kuruskan Badan Bukan Sebab Kesihatan, Tapi..
Kebanyakan individu sedar tentang kepentingan senaman, namun keupayaan untuk melakukan senaman secara berkesan dalam menghadapi tugasan harian tanpa merasa letih dan menggunakan masa lapang dengan efektif di samping mempunyai lebihan tenaga untuk kecemasan amat sukar dilakukan. Aktiviti bersenam juga bertujuan untuk menjaga kesihatan.
Tetapi lain pula yang difikirkan oleh seorang gadis di TikTok baru-baru ini dan sememangnya pelik apabila mendengar tujuan sebenar dia bersukan.

Melalui video pendek tersebut, gadis terbabit memberitahu tujuannya bersenam kerana mahu kelihatan hot apabila dimandikan oleh orang lain sewaktu dirinya menjadi jenazah kelak nanti.
Biarpun kedengaran sangat tidak masuk dek akal, ramai juga yang menyokong pendapat gadis tersebut.

Malah ada yang berkata tujuan bersenam kerana mahu jenazahnya ringan sewaktu diangkat oleh orang ramai ketika berada di dalam keranda.

Barangkali sedar perkara yang dimuat naik melampaui batas, gadis terbabit telah pun memadam video berkenaan di platform TikToknya.
(Video) Ferrari tidak benarkan 10 Orang Popular Ini Membeli Keretanya