Gadis ini pernah tular nyanyikan lagu Siti Nurhaliza, tak sangka sekarang ada lagu sendiri
Layka Al Funsu, merupakan salah seorang pengguna TikTok yang mempunyai ramai pengikut sehingga dia sering muncul di fyp menerusi platform tersebut yang mana suara dia diminati ramai kerana dikatakan seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza atau Tokti.
Gadis cantik ini juga menjadi fenomena di platform tersebut yang mana suara ketika dia menyanyi membuatkan ramai suka dan tidak terlepas daripada mengikuti perkembangannya. Layka tidak hanya dipanggil menjadi model malah dia kini bergelar penyanyi.
Layka Al Funsu difahamkan telah melancarkan single pertama terbaharu baru-baru ini dan dikongsikan menerusi YouTube XO House. Jika sebelum ini sering cover
Selepas dilancarkan muzik video lagu tersebut, setakat ini ia berjaya meraih hampir 600,000 tontonan dilaman YouTube dan dihujani dengan ribuan komen.
Namun begitu, ternyata kebanyakannya mengkritik lagu tersebut yang dikatakan tidak sesuai dengan Layka Al Funsu yang memiliki suara merdu dan boleh pergi jauh dengan lagu lebih power.
Meskipun dikritik, menerusi ruangan komen ada juga yang backup Layka dimana pemilihan lagu terbabit dikatakan sesuai sahaja dengan dirinya.