Gadis kena ‘rasuk’ sampai buka tudung selepas main bunga api
Kalau dah namanya raya, tak kiralah, raya Cina, India, mesti ada bunga api. Setiap perayaan tak sah kalau takde bunga api. Macam tu juga kalau Raya Aidilfitri. Tanpa bunga api, rasa tak meriah je raya ni. Bila dekat kampung lagi meriah, bukan budak-budak je main, mak bapak, pun turut main bunga api.
Namun, kita juga perlu beringat supaya jangan terlalu teruja dan seronok kerana risau bertukar menjadi tragedi lain pula nanti.
Berbeza pula dengan situasi yang terjadi kepada seorang gadis ini apabila dia sedang bermain bunga api telah mencuri tumpuan ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @wanisumali, kelihatan gadis itu sedang bermain bunga api dengan kawan-kawannya di kawasan luar rumah mereka.
Beberapa saat kemudian, tiba-tiba dia rasa macam ada sesuatu yang terbang dan masuk ke dalam tudungnya.
Dia sempat meminta tolong kawan-kawannya check kalau ada haiwan yang terbang di bahagian kepalanya. Namun, mereka tidak menjumpai apa-apa.
Apa yang mengundang tawa ramai adalah apabila gadis itu tiba-tiba menggelupur dan membuka tudungnya kerana ‘benda’ itu bergerak di dalam. Rupa-rupanya, benda yang bergerak dalam tudung itu adalah anak lipas.