
Gadis Redha Ibu Sendiri ‘Sailang’ Kekasihnya Jadikan Suami
Baru-baru ini sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan perkongsian seorang gadis yang mengaku sanggup beralah dengan ibu kandungnya demi merestui perkahwinan antara wanita tersebut dengan bekas kekasihnya.
Berdasarkan video yang dikongsikan, gadis bernama Nanda itu berkata, membuat ibu bapa bahagia adalah perkara yang terbaik.
Seorang lelaki muda yang merupakan bekas kekasih Nanda dirakam sedang melangsungkan perkahwinan dengan seorang wanita lebih berusia, iaitu ibu gadis berkenaan.
Nanda turut dilihat tersenyum ketika merakam swafoto bersama pasangan pengantin.
Namun, selepas majlis perkahwinan tamat, Nanda dilihat menangis kerana menahan rasa sedih.
Lepas Ni Kena Cari Tempat Lain! Netizen Bantu Cikgu Buat ‘Spotcheck’ Masa Live