TerasMalaysia

Galeri warisan bakal menerima 41 rangka manusia Guar Kepah selepas 150 tahun oleh Belanda

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Galeri warisan bakal menerima 41 rangka manusia Guar Kepah selepas 150 tahun oleh Belanda

Kerajaan akan membawa pulang bahagian-bahagian rangka manusia dari Tapak Arkeologi Guar Kepah, Seberang Perai, Pulau Pinang yang kini tersimpan di Belanda, tahun depan.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berkata, Tapak Arkeologi Guar Kepah itu merupakan tapak arkeologi pertama di Malaysia yang telah dikaji oleh pengkaji barat sejak tahun 1863 hingga 1936.

Kementerian itu berkata, kesemua jumpaan arkeologi di tapak tersebut telah dibawa ke luar negara termasuk 41 rangka manusia yang disimpan di Naturalis Biodiversity Centre (NBC) di Leiden, Belanda.

Penelitian ke atas rangka yang dijumpai di Guar Kepah yang disimpan oleh pihak berkuasa Belanda ketika ini.#image_title

“Kini rangka-rangka berkenaan telah diambil alih oleh Kerajaan Belanda dan disimpan di Collection Centre Netherlands (CCNL) di Amersfoort, Belanda.

“Bagaimanapun, usaha untuk mengembalikan rangka-rangka ini telah diselaraskan oleh pihak Jabatan Warisan Negara setelah menerima permohonan rasmi daripada pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang,” kata kementerian dalam satu kenyataan.

Jelas MOTAC, rangka-rangka akan dibawa pulang tahun depan untuk disimpan dan dipamerkan di Galeri Warisan Arkeologi Guar Kepah, Seberang Perai Utara yang kini sedang dibangunkan.

“Dengan kembalinya rangka-rangka ke tapak asal ia dijumpai, galeri dan tapak Arkeologi Guar Kepah bakal menjadi salah satu produk arkeopelancongan utama negara selain menjadi pusat interpretasi untuk menyampaikan informasi mengenai salah satu warisan arkeologi Malaysia kepada orang ramai.

“Ini juga akan membuka ruang untuk penyelidikan lanjut ke atas rangka- rangka dan tapak prasejarah Guar Kepah.

Kerja-kerja pembinaan galeri warisan arkeologi Guar Kepah sedang giat dijalankan.

Baca : Berang dengan penduduk setempat sambil lewa buang sampah, pekerja nasihat guna video

Leave a Comment