Gara-gara asyik disaman pihak berkuasa, lelaki nekad parkir dua kereta miliknya atas bumbung rumah

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Gara-gara asyik disaman pihak berkuasa, lelaki nekad parkir dua kereta miliknya atas bumbung rumah. Seorang jurutera awam di Taichung, Taiwan sanggup menyewa kren untuk meletakkan dua buah van di atas bumbung bangunan kediamannya.

Mothership melaporkan, penduduk setempat mendapati dua van itu diletakkan di atas bumbung dan melaporkannya kepada pihak berkuasa tempatan kerana bimbang ia berbahaya.

Lelaki itu berkata, pada mulanya, dia meletakkan kedua-dua vannya di bahu jalan tetapi berulang kali disaman kerana meletakkan kenderaan bukan di ruang pakir.

Dia menggunakan van itu sebagai ruang penyimpanan kerana tidak dapat memuatkan semua peralatan kejuruteraan awam di rumahnya, lapor saluran televisyen kabel satelit , EBC News.

Gara-gara asyik disaman pihak berkuasa, lelaki nekad parkir dua kereta miliknya atas bumbung rumah

Kedua-dua van itu dipercayai berada di atas bumbung tersebut sejak dua tahun lalu, kata Lin Kuan-jen yang merupakan ketua daerah tempatan seperti laporan CNA.

Kuan-jen berkata, dia telah meminta lelaki itu memindahkan kedua-dua van miliknya kerana penduduk setempat bimbang kenderaan itu berisiko menghempap mereka.

Pada Mac lalu, lelaki itu berkata, dia telah menemui tempat kosong untuk kenderaan itu tetapi masih belum memindahkannya.

Walaupun lelaki berkenaan didapati tidak melanggar mana-mana undang-undang, dia diberitahu supaya mengalihkan kenderaan itu bagi menjaga keselamatan orang awam.

BACA:
Asal usul “Chicken chop” yang ramai tak tahu, mati-mati ingat dari negara barat
Niat nak buka lampu rumah ibu lepas ziarah kubur, terkejut satu keluarga nampak kelibat depan pintu
Pelajar tak sedar ada cctv dalam bilik darjah, kantoi buat adegan intim dengan pasangan

Leave a Comment