Gara-gara hirisan daging khinzir, wanita ini patah buku lali
Seorang wanita menyaman sebuah restoran makanan Itali di Boston kerana hirisan daging khinzir atau prosciutto menyebabkan pergelangan kaki kirinya retak.
Wanita yang dikenali sebagai Alice Cohan telah memfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi Suffolk sebanyak $50,000 (RM232,450) sebagai ganti rugi.
Menurut tuntutan tersebut, Alice tergelincir pada sekeping prosciutto di kawasan sampel makanan restoran tersebut ketika sedang membeli belah bersama suaminya, Ronald.
Alice Cohen mengalami kecederaan seluruh badan sehingga hilang keseronokan dalam hidup.
Dikatakan, wanita terbabit terpaksa menanggung bil perubatan sebanyak $7,500 (RM34,867) termasuk bil doktor, bil hospital dan perbelanjaan terapi fizikal.
Susulan itu, Alice membuat tuntutan mendakwa bahawa Eataly cuai dalam memastikan permukaan lantai bebas daripada bahaya dan mengekalkan premis dalam keadaan selamat.
Prosciutto ialah sejenis ham yang dihiris nipis, diawet dan berasal dari Itali.