Gara-gara jalan sempit dan tubuh terlalu besar, penduduk sepakat bawa lelaki ini ke hospital menggunakan forklift

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Gara-gara jalan sempit dan tubuh terlalu besar, penduduk sepakat bawa lelaki ini ke hospital menggunakan forklift. Seorang pemuda, Muhammad Fajri yang mempunyai berat badan 300 kilogram terpaksa diangkat dengan bantuan forklift dari rumahnya menuju ke trak pikap untuk dibawa ke sebuah hospital di Tangerang semalam, lapor portal berita Tribunsumsel.

Dia yang berumur 27 tahun dirawat di Hospital Kota Tangerang dengan tujuan untuk mengurangkan berat badannya seperti menjalani pemotongan usus dan diet pemakanan.

Menurut Ketua Pelaksana Badan Pengendalian Bencana Daerah Ciledug, Mulyadi, pada peringkat awal, pihaknya diminta penduduk setempat untuk memindahkan pemuda tersebut ke hospital.

Gara-gara jalan sempit dan tubuh terlalu besar, penduduk sepakat bawa lelaki ini ke hospital menggunakan forklift

“Kami mendapat laporan daripada penduduk, kemudian kami melakukan perpindahan. Jalan ke rumah pemuda tersebut sempit dan beban tubuhnya pun terlalu besar,” ujar Mulyadi kepada portal berita Tribunnews.com .

Badan pengendalian itu kemudiannya melakukan usaha untuk memudahkan dan melancarkan proses penghantaran Muhammad Fajri ke hospital.

“Mengangkatnya juga menggunakan forklift untuk dihantar ke pikap dan dipindahkan ke hospital di Kota Tangerang,” ujarnya.

Berdasarkan temu bual dengan beberapa jiran, pemuda itu mengalami masalah obesiti sejak dia berusia 11 tahun dan dia sudah terbaring di atas katil selama lapan bulan.

BACA:
“Kalau dia baca saya remind” – Individu dedah Linda Rafar tak bayar hutang sejak 2006, siap datang rumah minta
Isteri pelik dengan sikap suami, malas membantu dan kuat tidur, semua terbongkar masa tengok telefon
Pelajar terkejut jumpa kepala tikus dalam nasi yang dijamah, mati-mati pihak kantin kata leher itik

Leave a Comment