TerasMalaysia

Gara-gara kari kambing, wanita sanggup batalkan perkahwinan demi jaga maruah keluarga

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Gara-gara kari kambing, wanita sanggup batalkan perkahwinan demi jaga maruah keluarga. SEORANG pengantin perempuan nekad membatalkan perkahwinannya selepas rombongan pengantin lelaki didakwa menghina keluarganya hanya kerana kari kambing.

Kejadian berlaku pada 11 Jun lalu di rumah pengantin perempuan yang terletak di kawasan Dhama, daerah Sambalpur Odisha, India.

Menurut sumber, dalam majlis perkahwinan itu, pelbagai jenis juadah dihidangkan kepada pihak pengantin lelaki termasuk daging kambing.

Bagaimanapun, kari kambing dikhabarkan tidak cukup, menyebabkan beberapa ahli keluarga pengantin lelaki tidak dapat menikmati juadah tersebut.

Gara-gara kari kambing, wanita sanggup batalkan perkahwinan demi jaga maruah keluarga

Memandangkan hari sudah lewat malam, keluarga pengantin perempuan tidak dapat menyediakan daging kambing, namun keluarga pengantin lelaki berkeras mahu dihidangkan dengan juadah berkenaan.

Mereka kemudian menghina serta memalukan keluarga pengantin perempuan, menyebabkan wanita itu nekad untuk membatalkan perkahwinannya.

“Semuanya berjalan dengan lancar. Makanan dihidangkan malah daging kambing juga dihidangkan. Tetapi, ia habis sebelum beberapa ahli rombongan pengantin lelaki sempat menikmatinya.

“Mereka mula bertengkar dengan ayah saya, termasuk pengantin lelaki. Malah menuduh kami macam-macam. Ahli keluarga saya cuba menyelesaikan perkara itu, tetapi mereka berdegil mahu daging kambing dan mula berkelakuan tidak baik dengan keluarga saya.

“Saya enggan teruskan majlis. Jika saya berkahwin dengannya dan berada dalam keluarga itu, bagaimana agaknya layanan kepada saya. Saya akan fokus pada pelajaran dan kerjaya saya sekarang,” kata pengantin perempuan.

BACA:
Suami nekad tikam bekas kekasih, sempat lihat isteri tanpa seurat benang atas katil selama 10 minit
Kecoh satu kampung, pokok Akasia hasilkan bunyi menyerupai tangisan budak perempuan
Kereta tiba-tiba bermasalah diganggu ‘pelaris’ kedai, punca sebab anak nampak rupa dan tak jamah makanan

Leave a Comment