TerasMalaysia

Gara-gara konten selama 10 saat, pelajar perempuan ini perlukan masa 2 tahun untuk pulih seperti sedia kala

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Gara-gara konten selama 10 saat, pelajar perempuan ini perlukan masa 2 tahun untuk pulih seperti sedia kala. Tidak dinafikan aplikasi TikTok merupakan salah satu aplikasi yang sangat popular pada masa sekarang terutamanya dikalangan golongan remaja. Pelbagai trend menjadi viral dan jadi ikutan oleh ramai pengguna-pengguna aplikasi ini, ada diantaranya memberikan manfaat namun ada juga yang boleh membawa risiko.

Seorang pelajar perempuan berusia 10 tahun menanggung derita yang agak teruk gara-gara terikut trend di Tiktok yang menarik minatnya. Pelajar ini mengalami keradangan teruk di kulit tangannya hingga berkemungkinan perlu untuk menjalani pembedahan plastik.

Menurut ibunya, anak perempuannya itu terikut-ikut dengan trend viral di Tiktok iaitu menyembur deodoran terus ke kulit tangan.

Ketika itu anak perempuannya sedang bersama dengan rakannya dan mereka melihat seoprang pengguna Tiktok melakukan perkara tersebut dan mereka mahu mencubanya sendiri.

Pelajar perempuan itu menyembur deodoran itu dalam jarak lebih kurang 1 inci dari kulitnya dan berhenti selepas 10 saat. Namun begitu, reaksi semburan bahan dalam deodoran itu kemudiannya menyebabkan kulit pelajar ini mengalami keradangan teruk.

Gara-gara konten selama 10 saat, pelajar perempuan ini perlukan masa 2 tahun untuk pulih seperti sedia kala

Ibunya yang mengetahui kejadian yang berlaku kepada anaknya itu kemudian cuba merawatnya sendiri di rumah mereka selama lebih kurang 24 jam. Namun keadaan anak perempuannya masih tidak pulih dan akhirnya mereka pergi mendapatkan rawatan di hospital keesokkan harinya.

“10 saat kebodohan jadi punca dia mengalami kesakitan selama dua tahun,” kata ibunya.

Menurut doktor yang merawat anaknya, kesan radang di kulit anaknya mungkin mengambil masa 18 bulan hingga dua tahun untuk sembuh sepenuhnya. Anaknya juga dirujuk kepada pasukan pembedahan plastik dan ada kemungkinan anak perempuannya perlu menjalani pembedahan plastik untuk pulih.

Ibu pelajar ini kemudiannya mengingatkan ibu bapa dan penjaga di luar sana agar mendidik dan sentiasa memantau anak mereka dan jangan biarkan mereka terikut-ikut trend bodoh seperti ini.

BACA:
Jiran buat kecoh pukul 3 pagi, ketuk dinding rumah sambil menjerit-jerit, dakwa pemilik sebelah buat bising
Titik merah dan kuning pada tayar mempunyai maksud dan fungsi yang ramai tak tahu
Lelaki usung kembar dalam perut selama 36 tahun

Leave a Comment