TerasMalaysia

Gara-gara makan waktu dan duit yang banyak, salah satu mangsa PU Azman tarik laporan kes

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Gara-gara makan waktu dan duit yang banyak, salah satu mangsa PU Azman tarik laporan kes. Perbicaraan berkenaan kes amang seksual yang melibatkan Pencetus Ummah (PU) Azman telah pun memasuki hari keempat.

Berita tentang kes tersebut telah mendapat perhatian ramai apabila mahkamah telah meminta beberapa orang saksi untuk memberikan kenyataan.

Memetik laporan dari Mstar semalam, seorang saksi yang merupakan seorang ustazah memaklumkan yang PU Azman telah melakukan seks oral kepada anak muridnya termasuklah mencium mulut.

Ada yang tarik laporan

Susulan tularnya berita berkenaan, seorang pengguna media sosial dikenali sebagai farhan.azmii telah menulis komen diruangan Instagram sumber mendedahkan bahawa dia juga merupakan ahli keluarga salah seorang mangsa pendakwah selebriti tersebut.

Gara-gara makan waktu dan duit yang banyak, salah satu mangsa PU Azman tarik laporan kes

Walau bagaimanapun, pihak keluarganya telah menarik balik laporan polis kerana tidak sanggup menghadapi pelbagai prosedur yang terlalu banyak sehingga memakan waktu dan juga kewangan mereka.

Tiada lagi bahasa berlapik, dengar pun malu

Ujarnya lagi, mereka perlu memberikan keterangan berjam-jam dan pelbagai lagi prosedur yang memenatkan. Bukan itu sahaja, dia mendedahkan keterangan yang diberi sangat diluar jangka dan tidak sesuai untuk diceritakan kerana malu dengan istilah serta pelakuan suspek terhadap mangsa.

Sudah reda & tak lagi bercerita dalam keluarga

Pengguna Instagram itu juga sempat berbalas-balas komen dengan netizen yang lain dengan mengucapkan terima kasih diatas sokongan dan kata-kata semangat mereka.

Dia juga mengakui bahawa sudah reda dengan apa yang berlaku terhadap salah seorang ahli keluarganya namun mereka semua memilih untuk tidak bercakap berkenaan kejadian itu lagi.

Gara-gara makan waktu dan duit yang banyak, salah satu mangsa PU Azman tarik laporan kes

Jelasnya, mereka hanya berharap supaya Tuhan dapat membalas setiap apa yang berlaku dan mendoakan pelaku sempat bertaubat kepada Allah S.W.T.

Untuk rekod, PU Azman telah didakwa atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun lalu pada 12 Oktober 2022.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa remaja lelaki berusia 16 dan 17 tahun dengan cara melakukan kelucahan melampau.

Gara-gara makan waktu dan duit yang banyak, salah satu mangsa PU Azman tarik laporan kes

Kesalahan tersebut dilakukan di tandas dan ruang tamu sebuah rumah di Taman Tiara Sendayan di Nilai pada 6 Julai tahun lalu.

Selain itu, PU Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias turut berdepan tujuh lagi pertuduhan berhubung kesalahan jenayah seksual yang didakwa dilakukannya terhadap dua kanak-kanak dan remaja di Mahkamah Shah Alam, Klang dan Ampang.

Gara-gara makan waktu dan duit yang banyak, salah satu mangsa PU Azman tarik laporan kes

BACA:
“Jenuh aku kerah tenaga kerja beli makanan untuk anak-anak, tapi suami aku buat benda yang kami semua sedih”
“Tengok dekat media sosial semua nampak cantik, tapi hakikatnya? Aku seorang isteri kepada suami alim”
Gadis hilang selepas persiapan majlis kahwin selesai, lari ke Thailand dengan lelaki yang tidak dikenali

Leave a Comment