TerasMalaysia

Gara-gara mengalami masalah dan mental breakdown, gadis selamba togak arak dalam live

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Gara-gara mengalami masalah dan mental breakdown, gadis selamba togak arak dalam live. Seorang wanita bertudung dikecam apabila didakwa minum air beralkohol secara secara ‘live’ menerusi media sosial TikTok.

Tangkap layar siaran langsung wanita tersebut sempat dirakam oleh pengguna serta tular menerusi media sosial, sekali gus mengundang pelbagai kecaman daripada orang ramai.

Dalam video tersebut, wanita itu memberitahu sedang mengalami tekanan mental serta mengetahui minuman yang diminumnya haram selepas ditegur orang ramai.

“Ya haram akak tahu dik, akak tahu. Terima kasih untuk nasihat ini ya. Saya tengah ‘down’ gila, dah macam mental ‘breakdown’,” katanya menerusi video yang tular tersebut.

Dalam pada itu, pengguna media sosial memberitahu, minuman tersebut tidak memabukkan berikutan kandungan alkohol yang rendah, namun tetap haram di sisi Islam memandangkan ia arak.

Gara-gara mengalami masalah dan mental breakdown, gadis selamba togak arak dalam live

“Parah betul umat zaman sekarang, buat maksiat pun nak beritahu dan tunjuk kat semua orang,” komen seorang pengguna Twitter.

“0.3 peratus alkohol saja, tapi tetap tak halal ya. Nampak saja tin comel-comel begini, jangan ingat anggur pula,” ujar pengguna yang lain.

“Tahu benda haram, lagi pergi minum. Mengikut hawa nafsu daripada akal fikiran. Siap videokan dan tunjuk orang ramai, kononnya berbangga dengan apa dilakukan,” marah seorang lagi orang awam.

@iesya_toh #VideoViral ♬ original sound – Iesya Toh

BACA:
Mak buyung terkejut tengok pontianak dekat hujung kaki pukul 3 pagi, nampak tengah pijak bantal
Hanya kerana membawa basikal ke sekolah, guru diherdik dan dimalukan dalam group Wechat
Bersepah-sepah dekat lantai, budak tingkat atas main ludah sampai masuk dalam air pelanggan

Leave a Comment