Gara-gara nak bagi cepat jalan, tempurung anak ini retak sebab walker

Gara-gara nak bagi cepat jalan, tempurung anak ini retak sebab walker

Baby walker direka untuk membantu bayi yang masih tak dapat berjalan supaya mereka boleh bergerak. Alat ini juga dilengkapi dengan permainan bahagian hadapannya dan beroda empat.

Walau bagaimanapun, bergerak tanpa kawalan pada empat roda dan bukannya dengan kaki mereka sendiri boleh menyebabkan bahaya yang tidak disangka. Hakikatnya penggunaan walker ini diharamkan di beberapa negara termasuklah Canada.

Semuanya kerana sistem keselamatan walker yang langsung tidak selamat untuk bayi. Malah perkongsian Dr Redza Zainol mengenai kes bayi yang dirawatnya selepas terjatuh tangga ketika menggunakan walker ini jelas membuktikan bahawa walker teramatlah bahaya. Jadi elakkan guna walker.

Saya tergamam bila lihat keputusan CT scan otak bayi ni. Bayi ni naik baby walker dan entah macam mana walker tu terbalik dan dia jatuh di tangga.

Tangga tu tak tinggi pun, tapi SC scan sahkan dah ada pendarahan dalam otak siap retak tempurung kepala anak tu.

Lidah saya kelu. Saya dan doktor lain hanya cuma mampu merujuk bayi itu ke hospital yang lebih besar untuk dia dapatkan rawatan yang lebih baik.

Ayahnya tersandar di dinding. Ibunya pula hanya mampu duduk di sebelah anak. Benda dah jadi. Menyesal pun tak guna.

Sebenarnya selain terjatuh, banyak kes bayi dikejarkan ke hospital sebab tersepit dan melecur kulit ketika menggunakan baby walker.

Di Canada sana, baby walker dah diharamkan sepenuhnya. Menurut American Academy Of Pediatrics, mereka tegas mengatakan baby walker tak boleh diletakkan di rumah atau pusat penjagaan kanak-kanak.

Salah satu cadangan American Academy of Pediatrics yang saya suka ialah untuk mak ayah gunakan ‘Play yards atau Playpens’.

Kita cipta satu ruang yang selamat untuk letakkan bayi kita yang dah pandai duduk, menyelar, merangkak dan berdiri.

Bila buat macam ni, dia takkan dapat bergerak sampai ke tangga, bawah meja atau dapur tanpa mak ayah sedar.

Sambil mak ayah buat kerja yang banyak kat rumah tu, bayi kita boleh main dengan permainan yang kita dah letak kat dalam tu. Adik beradik lain yang dah besar pun boleh tumpang main sekali.

Walaupun kita tak guna baby walker, tetap kena pantau anak kecil tu supaya sentiasa dalam keadaan selamat.

Bantu saya kongsikan info penting ni pada mak ayah yang lain ye. Lagi-lagi yang ada anak kecil.

Sumber

Baca : Seorang wanita dedah cara dan modus operandi yang digunakan ‘founder’ untuk jadi cepat jadi kaya

Leave a Comment