TerasMalaysia

Gara-gara penerbangan terasa lama, lelaki selamba buka pintu pesawat buat orang ramai panik

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Gara-gara penerbangan terasa lama, lelaki selamba buka pintu pesawat buat orang ramai panik.
TINDAKAN pentingkan diri seorang individu di atas pesawat hampir membahayakan nyawa penumpang lain.

Dalam satu kejadian yang menggemparkan dunia melibatkan Asiana Airlines, seorang penumpang dilihat membuka pintu kecemasan pesawat dengan sengaja.

Penumpang itu dikatakan berasa sesak nafas dan mahu turun dengan cepat.

Gara-gara penerbangan terasa lama, lelaki selamba buka pintu pesawat buat orang ramai panik

Ketika kejadian, pesawat penerbangan domestik itu sedang membawa hampir 200 penumpang tatkala menghampiri landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Daegu, Korea Selatan.

Apabila pesawat berada sekitar 200 meter sebelum mendarat, polis melaporkan lelaki berusia sekitar 30-an yang tidak didedahkan identitinya bertindak membuka pintu keluar.

Penumpang itu kemudiannya ditahan polis Daegu untuk disoal siasat dan memberitahu polis bahawa dia murung selepas kehilangan pekerjaan baru-baru ini.

“Dia berasakan penerbangan itu mengambil masa lebih lama daripada yang sepatutnya dan berasa sesak nafas dalam kabin. Jadi dia mahu keluar dengan cepat,” kata seorang detektif polis Daegu.

Berikutan itu, penumpang terbabit berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun kerana melanggar undang-undang keselamatan penerbangan.

Rakaman video kejadian yang tular menunjukkan angin merobek pintu terbuka di udara, dengan kain sandaran tempat duduk dan rambut penumpang berterbangan selain beberapa penumpang menjerit ketakutan.

Tiada kecederaan serius atau kerosakan direkodkan, 12 orang dibawa ke hospital selepas pesawat itu mendarat kerana mengalami masalah ketidakselesaan dan pernafasan.

BACA:
Kecoh satu kampung! Wanita ini hamil selama satu jam sebelum bersalin
Doktor terkejut jumpa botol minyak rambut lepas bedah perut lelaki berumur 55 tahun
Kehilangan 2 orang abang dalam kebarakan, Cik B cerita detik kenangan pahit yang berlaku 10 tahun lalu

Leave a Comment