Gara Gara Rawatan Gigi Wanita Bau Logam Ketika Bernafas Tak Sangka Benda Ni Yang Tersangkut Dalam Paru Paru

Gara-Gara Rawatan Gigi, Wanita Bau Logam Ketika Bernafas, Tak Sangka Benda Ni Yang Tersangkut Dalam Paru-Paru

Wanita berusia 70 tahun itu menyedari ‘sesuatu yang tidak kena’ selepas mengalami jangkitan pernafasan tanpa sebab yang jelas.

Dia mengunjungi Hospital Vithas Vigo di bandar Pontevedra di mana imbasan X-ray mendedahkan punca ketidakselesaannya. Sepasukan doktor di Sepanyol terkejut apabila menemui sebatang skru logam bersaiz 9 milimeter dalam paru-paru seorang wanita warga emas selepas dia didakwa menelannya semasa menjalani satu prosedur pergigian.

Rakaman yang diambil menerusi alat bronkoskop (tiub fleksibel dengan kamera) memaparkan kedudukan skru di dalam saluran pernafasannya.

Menurut satu kajian kes, wanita itu seolah-olah terhidu bau logam ketika menjalani beberapa rawatan pergigian yang bermula sejak hampir setahun lalu.

Pada awalnya, doktor memasang dua implan tulang pengganti pada giginya, diikuti satu prosedur akhir dua bulan kemudian.

Bagaimanapun, wanita itu mendakwa dia tidak pernah menelan apa-apa skru. Ia dilaporkan terperangkap dalam sistem pernafasannya selama lapan bulan.

Doktor berjaya mengeluarkan bendasing itu menggunakan forsep dalam satu prosedur selama beberapa jam. Dia kemudian dibenarkan pulang dan pulih dengan baik.

Baca : Pakcik Ni Sanggup Berulang-Alik 100km Jual Ikan Masin Demi Beli Ubat Untuk Isterinya Yang Sedang Sakit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *