Gara-gara sepaket jajan, taukey kedai bogel, belasah dan sapu serbuk cili dekat mata remaja berusia 15 tahun
Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun telah diserang dengan kejam oleh pemilik kedai setelah dia didakwa mencuri sebungkus kerepek.
Ketika kejadian mangsa yang dikenali sebegai Shiv Kumar mencuri sebungus kerepek dari sebuah kedai.
Berang dengan mangsa, suspek iaitu Rahul Soni bertindak membelasah dan menyapu serbuk cili pada mata remaja berkenaan.
Lebih parah lagi, remaja itu juga dibogelkan di hadapan khalayak ramai.
Difahamkan video insiden yang berlaku di Tikkar Rohru, Shimla di India itu turut tular di media sosial.
Susulan itu, polis telah menjalankan siasatan lanjut dan memberi jaminan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap suspek.
Suspek dituduh dibawah seksyen 341 (sekatan yang salah) dan 323 (menyebabkan kecederaan dengan sengaja) mengikut Kanun Keseksaan India dan 75 Akta Keadilan Juvana (Penjagaan dan Perlindungan Kanak-Kanak).
Dalam pada itu, polis menggesa orang ramai supaya tidak berkongsi rakaman video kejadian itu di mana-mana platform media sosial.