TerasMalaysia

Gara-gara suami jalan hukum dalam penjara, wanita ini sanggup buat ‘bersama’ dengan anak lelakinya

Gara-gara suami jalan hukum dalam penjara, wanita ini sanggup buat ‘bersama’ dengan anak lelakinya. Seorang wanita yang didakwa melakukan amang seksual terhadap anak lelakinya berusia 14 tahun telah ditahan reman oleh pihak berkuasa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 dan Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Ibu amang seksual anak lelaki

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa, suspek yang berusia 33 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu di kediamannya.

Gara gara suami jalan hukum dalam penjara wanita ini sanggup buat bersama dengan anak lelakinya

Suspek kemudian ditahan selepas polis menerima laporan daripada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang mendapat maklumat mengenai perbuatan itu menerusi sebuah video yang diperoleh daripada individu tidak dikenali.

Sejurus laporan dibuat, pasukan polis menahan wanita itu dan merampas telefon bimbit yang disyaki digunakan untuk merakam video berkenaan. Siasatan mendapati mangsa adalah anak ketiga daripada lima beradik.

Hasil siasatan awal mendapati, suami suspek sedang menjalani hukuman penjara manakala wanita itu negatif terhadap dadah. Difahamkan, kesemua anak suspek yang berusia dalam lingkungan sembilan hingga 17 tahun kini berada di bawah jagaan JKM.

BACA:

Akibat cuaca panas yang terlampau masa ini, banyak kesan berupa tapak kaki ditemui

Berang sebab sewa rumah dinaikkan, pemilik buat ‘onar’ buang peti sejuk dari tingkat 23

Mengaku makan babi sebanyak tiga kali, Lina Mukherjee terima surat dari ‘seseorang’

Leave a Comment