TerasMalaysia

Gara-gara tak dapat bagi isteri duit belanja sebab masalah kewangan, lelaki nekad buat laporan palsu konon disamun

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Gara-gara tak dapat bagi isteri duit belanja sebab masalah kewangan, lelaki nekad buat laporan palsu konon disamun.

Seorang lelaki yang terdesak akibat kehabisan wang gaji hingga tidak mampu memberi isterinya wang belanja disyaki tergamak membuat laporan palsu kononnya menjadi mangsa samun.

Helahnya kononnya disamun dua lelaki di Jalan Ibok – Paman di sini semalam terbongkar apabila siasatan polis mendapati sebaliknya.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, pada mulanya, suspek berusia 29 itu membuat laporan di Balai Polis Pasir Gajah di sini pada pukul 4.20 petang kononnya telah disamun.

Beliau berkata, berdasarkan laporan lelaki tersebut, dia mendakwa kononnya telah disamun dua lelaki yang menaiki motosikal Yamaha Y150ZR.

“Dia mendakwa dua lelaki yang menyamunnya itu sukar dikenali kerana memakai jaket dan topi keledar bertutup penuh serta tidak dapat mengenalpasti nombor pendaftaran motosikal digunakan.

Gara-gara tak dapat bagi isteri duit belanja sebab masalah kewangan, lelaki nekad buat laporan palsu konon disamun

“Dakwanya, dia kerugian wang tunai RM1,500, rantai dan loket emas bernilai RM700 serta dompet akibat perbuatan samun tersebut,” katanya di sini hari ini.

Hanyan berkata, siasatan lanjut polis termasuk pemeriksaan di lokasi kejadian didakwa meragui keterangan lelaki terbabit.

Jelas beliau, hasil soal-siasat awal akhirnya suspek yang menetap di Jalan Air Putih di sini mengaku membuat laporan palsu.

BACA:
“Lagenda dulu-dulu” – Setelah sekian lama menyepi, ini keadaan terkini lelaki yang tular dengan ayat ‘Gerak lu pape roger’
Tak perlu bazir duit untuk beli baru, ini langkah dan cara yang korang kena buat kalau kipas rosak dan tak berpusing
Kentut depan isteri dan kenalan dianggap zalim dan aib? Ini penjelasan yang ramai tak tahu dan ambil remeh

Leave a Comment