Gara-gara tak faham bahasa inggeris, wanita ini terpaksa bayar RM50 untuk satu pesanan air. Seorang pelanggan terkejut beruk apabila minuman yang dipesan mencecah harga hampir RM50.
Melalui pendedahannya di Facebook, gadis berkenaan kata kejadian yang berlaku ketika mahu membeli air di sebuah francis minuman popular berpunca apbila dia tidak memahami bahasa yang dituturkan.
Katanya, dia tidak fasih berbahasa Inggeris dan hanya mengangguk dan setuju dengan apa sahaja yang dikatakan oleh barista yang mengambil pesanannya.
Makin banyak angguk makin bertambah harga yang perlu dibayar iaitu RM44.10.
Berdasarkan gambar resit yang dimuat naik, harga asal air yang dipesan berjumlah RM21.50 dan dia mengangguk setiap kali barista bercakap tentang ‘add on’.
Tambahnya dia mendakwa barista tersebut mentertawakannya ketika membayar air berkenaan seolah-olah tahu dia tidak mengerti apa-apa.
Pengakuan berkenaan meraih perhatian ramai di mana netizenmemberikannya tips jika mahu membeli air lagi di masa akan datang.
Dalam masa yang sama segelintir netizen mempersoal bagaimana dia tidak faham dengan Bahasa Inggeris asad serta mencadangkan agar dia belajar dengan lebih rajin.