Gara-gara tidak persefahaman, wanita bagi 22 pil tidur kepada ibu sebelum cekik sampai mati

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Gara-gara tidak persefahaman, wanita bagi 22 pil tidur kepada ibu sebelum cekik sampai mati. Seorang wanita berusia 35 tahun tiba di balai polis bandar Bengaluru, India bersama mayat ibunya yang disumbat di dalam sebuah bagasi, lapor laman berita Wion News semalam. Insiden itu berlaku di kawasan Bilekahali pada pagi kelmarin manakala wanita berkenaan ditahan polis kerana didakwa membunuh ibunya. Menurut laporan, wanita yang dikenali sebagai Senali Sen itu didakwa memberi ubat tidur kepada ibunya, Biva Pal sebelum mencekik mangsa hingga mati di apartmen NSR Green, yang merupakan tempat tinggal mereka dua beranak.

Pegawai polis berkata, hubungan antara Biva dengan keluarga mentua Senali adalah tegang yang membawa kepada pertengkaran kerap antara kedua-dua pihak. Menurut siasatan, sebelum kejadian itu berlaku, Biva memberitahu anaknya tentang niatnya untuk membunuh diri dengan mengambil pil tidur kerana dakwaan dia diganggu oleh keluarga mentua suspek.

Gara-gara tidak persefahaman, wanita bagi 22 pil tidur kepada ibu sebelum cekik sampai mati

“Senali memberikan kira-kira 20 pil tidur kepada ibunya pada pagi Isnin. Selepas ibunya mengadu sakit perut akibat pengambilan pil itu, dia kemudian mati dicekik oleh anak perempuannya sendiri, Mayat telah dibawa ke balai polis dan kes telah dibuka terhadap Senali di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bersama dengan seksyen lain,” kata kenyataan polis.

Selepas itu, Senali menyumbat mayat ibunya ke dalam bagasi dan meletakkan gambar mendiang bapanya sebelum mengambil teksi Uberke balai polis Mico Layout untuk menyerah diri.​

BACA:
Pecah masuk rumah orang pukul 5 pagi semata-mata ingin mencuri makanan, siap buka peti ais
Kecoh satu majlis! Anak terkejut tengok ibu tercungap-cungap ketika buka keranda selepas 5 jam ‘meninggal’
Founder terkenal tolong orang ramai untuk nama, bagitahu masa “oncall” dedah individu ini

Leave a Comment