TerasMalaysia

Gelagat Anak Ini Merajuk Dengan Ayah Mencuit Hati Netizen

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Gelagat Anak Ini Merajuk Dengan Ayah Mencuit Hati Netizen

Perempuan ni memang sifat dia suka merajuk. Kalau tak kena cara kadang-kadang benda kecil pun nak dirajukkan. Mungkin sifat semulajadi wanita yang menjadikan naluri mereka sangat sensitif dan emosi mereka boleh berubah dalam sekelip mata.

Seperti sebuah video yang tular ini memaparkan seorang budak perempuan merajuk dengan ayahnya sehingga pandang ke tingkap kereta telah mencuit hati ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @haziqhashim_, kelihatan budak perempuan itu sedang duduk di dalam car seat kereta ayahnya.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila dia dilihat memandang ke arah tingkap kereta tanpa menoleh ke arah si ayah yang sedang merakam gelagatnya itu.

Rupa-rupanya, dia merajuk gara-gara tak dapat pegang dan bermain tangan ayahnya. “Perempuan kalau merajuk memang suka pandang tingkap eh? Ni je punca dia, tak dapat tangan tadi,” kata ayahnya.

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat comel budak perempuan itu.

Sumber

Baca : Lelaki Ini Bantu Isteri Jaga Ibu Lumpuh, “Ini Yang Dikatakan Menantu Kiriman Tuhan” – Netizen

Leave a Comment