Gelagat Kanak-Kanak Ini ‘Mengamuk’ Sebab Ikan Tak Makan Umpan Buat Ramai Terhibur
Dalam dunia memancing, kita sangat-sangat memerlukan banyak kesabaran. Seperti kemahiran lain, ia menuntut kesabaran, latihan, dan komitmen jika ingin berjaya. Sekiranya kita berpeluang untuk turun memancing dengan seseorang yang berpengalaman, dengarlah dengan teliti apa yang mereka katakan.
Baru-baru ini, sebuah video tular memaparkan telatah seorang kanak-kanak lelaki yang ‘mengamuk’ kerana tidak dapat ikan telah mencuit hati ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @cik.mat.poi, kelihatan kanak-kanak lelaki itu sedang berteduh di bawah payung sambil menemani ayahnya memancing di sebuah tasik.
Apa yang menjadi perhatian adalah apabila dia mula naik angin gara-gara penat menunggu tiada satu pun ikan yang termakan umpannya.
“Habib dah tunggu lama, dari tadi sampai sini dah. Geram! Habib dah la geram ni, geram sangat! Dia tak makan-makan langsung,” katanya.
Ayahnya sempat memujuk dan memintanya sabar. Tetapi, dia masih melepaskan geram hingga si ayah tergelak melihat telatahnya.
Video tersebut telah meraih banyak tontonan dan rata-rata netizen terhibur dengan telatah kanak-kanak itu.
Baca : KJ dipecat dari Umno serta-merta! Ini sebabnya…