Gelagat Lelaki Ini Malu Setelah Dibahan Kawan Buat Netizen Terhibur
Untuk menjadi lelaki maskulin bukan hanya tertumpu pada susuk tubuh yang kekar semata. Wanita mengkategorikan seseorang lelaki itu maskulin berdasarkan pelbagai aspek. Tak perlu menjadi metroseksual cukup sekadar tahu menjaga dan membawa diri ketika berhadapan dengan wanita.
Sudah menjadi lumrah manusia suka akan wangian. Sudah menjadi lumrah setiap lelaki ingin dilihat berketerampilan, dihormati tinggi serta tampak berkeyakinan dengan pilihan wangian lelaki itu sendiri.
Namun, lain pula yang terjadi dalam video ini apabila seorang lelaki kantoi memakai syampu dan sabun badan Carrie Junior telah mengundang tawa ramai.
Menerusi perkongsian video daripada @ziyadfatehh7, kelihatan lelaki itu sedang ber siap di dalam bilik sebelum keluar bersama kawannya.
Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila si perakam mendapati ada sabun Carrie Junior di dalam bilik air lelaki itu dan pantas membawa keluar untuk meneruskan sesi membahan.
Lebih menghiburkan, lelaki itu dilihat tergelak sambil menahan malu kerana kantoi dia memakai sabun kanak-kanak.
Kawannya sempat bertanya “ada gajah tak tadi mandi?” dan dia menjawab “ada”.
Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat lelaki itu. Malah, bukan dia saja yang suka pakai Carrie Junior. Ramai yang memakai sabun sama sebab baunya sangat wangi.
Baca :Â “Kantoi” – Suami Jumpa Banyak Parcel Isteri Dalam Kotak Buat Netizen Kongsi Pengalaman Yang Sama