
Gelagat Si Ayah Guna Tudung Saji Sebagai Alatan Untuk Tangkap Kucing Ini Cuit Hati Netizen
TikTok merupakan sebuah aplikasi media sosial yang cukup berpengaruh abad ini. Penggunanya terdiri daripada pelbagai peringkat usia, baik dari sekecil-kecil anak sehinggalah seusia warga emas. Aplikasi ini juga memberi tanggapan berbeza bagi mereka yang menggunakannya.
Tidak kira bagi yang muda mahupun yang tua. Konten yang kelakar semestinya dapat menghiburkan hari-hari kita. Macam-macam gelagat orang kita boleh tengok di TikTok.
Antaranya adalah video seorang pak cik ini yang cuba menggunakan tudung saji bagi menangkap kucing telah mencuri perhatian ramai.
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pemuda sedang merakam gelagat ayahnya ketika berada di kawasan rumah.
Dapat dilihat, si ayah memegang tudung saji dan berjalan secara perlahan-lahan. Rupa-rupanya, ayahnya itu mahu menangkap kucing yang berada di atas keretanya.
Lebih mencuit hati lagi, ayahnya itu dilihat bersungguh menyorok tetapi pada akhirnya tidak dapat menangkap haiwan berkenaan.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat pak cik tersebut.
“Comel betul perangai” – Netizen
Baca: Pelakon Keeper Shaolin Soccer āDilenyapkanā Daripada Carian Media China – “Kenapa Ya?”