
#image_title
Gelagat Suami Isteri Redah Jambatan Tenggelam Ini Bikin Dekah
Hobi memancing juga dapat bantu eratkan tali persahabatan ataupun ikatan kekeluargaan. Pasti seronok bukan jika sepanjang hari dikelilingi oleh orang yang mempunyai minat dan juga hobi yang sama.
Baru-baru ini, tular sebuah video dimana memaparkan situasi yang dihadapi oleh lelaki ini apabila dia membawa isterinya bersama untuk memancing tetapi lain pula yang jadi telah meraih perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @netnetty_, kelihatan suami isteri itu sedang menaiki motosikal dan berada di sebuah tasik.
Apa yang menjadi tumpuan ramai adalah apabila si suami nekad untuk menyeberangi tasik itu yang hanya dihubungkan dengan sebuah jambatan rosak.
Difahamkan, lelaki itu ingin pergi memancing. Lebih melucukan lagi, isterinya di belakang sempat rakam kejadian itu sambil berzikir berulang kali kerana takut mereka berdua akan tenggelam.
Akhirnya, mereka terpaksa patah balik kerana risau kejadian tak diingini berlaku. Kalau tengok keadaan jambatan tu pun, memang susah nak selamat sampai ke seberang sana.
Susulan dari video tersebut, rata-rata warganet turut terhibur mendengar suara isterinya yang kalut di belakang.
Baca : Auntie India Ini Fasih Loghat Kelantan Buat Netizen Teruja Nak Dengar