Gempar seluruh Britain, penduduk terkejut tengok matahari bertukar menjadi warna biru, ramai luah rasa takut

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Gempar seluruh Britain, penduduk terkejut tengok matahari bertukar menjadi warna biru, ramai luah rasa takut.

Pemerhati langit di seluruh Britain gempar selepas mendapati matahari telah bertukar menjadi biru, lapor Daily Mail.

Foto fenomena aneh itu telah membanjiri laman X dengan seorang pengguna yang kebingungan menulis: “Astaga tidak pernah saya melihat matahari biru sebelum ini!”

Bagaimanapun, fenomena ganjil itu bukanlah sebagai petanda tidak baik, malah terdapat penjelasan di sebalik fenomena tersebut.

Dan Harris, Timbalan Ketua Peramal Cuaca di Pejabat Met menjelaskan bahawa ia terjadi disebabkan pengaruh westerly terhadap cuaca.

“Kita mempunyai pengaruh westerly yang kuat terhadap cuaca pada masa ini dan ini boleh membawa udara dari Amerika Utara ke Eropah dalam sistem cuaca.

Gempar seluruh Britain, penduduk terkejut tengok matahari bertukar menjadi warna biru, ramai luah rasa takut

“Udara ini mengandungi asap dari kebakaran hutan di Kanada. Gabungan asap dan awan tinggi di atmosfera boleh menyerakkan cahaya matahari, seterusnya mewujudkan anjakan warna yang luar biasa,” kata Harris.

Selain itu, seorang penyampai cuaca ITV yang dikenali Chris Page turut menjelaskan apa yang sedang berlaku sebenarnya.

“Dapat banyak soalan mengenai matahari kelihatan biru yang menakutkan hari ini. Ia adalah asap yang meresapkan cahaya matahari dan ditarik merentasi Atlantik dari Amerika Utara kerana Ribut Agnes,” kata Page.

Tambahnya, setiap warna yang dilihat mempunyai gelombang yang berbeza.

“Violet mempunyai gelombang terpendek, sekitar 380 nanometer, dan merah mempunyai gelombang terpanjang sekitar 700 nanometer,” jelas NASA pula.

Semasa ia mendekati Bumi, cahaya matahari secara semula jadi bertaburan melalui zarah di udara seperti habuk dan asap.

Lebih pendek panjang gelombang, lebih mudah untuk cahaya diserakkan.
Ini juga menjelaskan kejadian mengapa langit berwarna biru dan bukannya warna-warna yang lain.

Lebih banyak asap di atmosfera seperti yang berlaku selepas kebakaran hutan di Kanada akan membolehkan lebih banyak serakan berlaku.

Pada tahun 1950, matahari kelihatan biru di atas bandar di Ontario berikutan ribut api yang berlaku di Chinchaga.

Di mana, ia merupakan salah satu kebakaran besar yang pernah direkodkan di Amerika Utara.

BACA:
Cikgu selar penggubal silibus topik mata wang, pelajar darjah 3 dapat soalan matematik yang susah
Mcdonald’s dedah cerita sebenar, ada perkara yang berlaku sebelum insiden peket sos RM1
Bakal isteri terkilan, tunang cari lain sebab berat badan, nekad batal nikah ‘last minute’

Leave a Comment