Geram anak buat bising dekat kedai makan, bapa selamba ‘tambat’ anak dekat tiang sebelum menjamu selera
Baru-baru ini di China, tindakan pasangan ibu bapa ini telah menjadi tular selepas mereka mengikat anak mereka yang dikatakan nakal pada tiang medan selera sebelum mereka selamba makan di situ.
Difahamkan, kanak-kanak tersebut sebelum itu telah berlari-lari dan membuat bising ketika makan di sebuah restoran di medan selera itu.
Tindakan bapa kanak-kanak itu mengikat anaknya pada tiang dengan menggunakan tape sempat dirakam oleh orang awam yang turut berada di sekitar kawasan itu.
Pasangan itu kemudiannya turut merakam gelagat anak mereka yang cuba melepaskan diri daripada ikatan pada tiang berkenaan.
Menurut orang awam yang merakam kejadian tersebut, pada ketika itu, medan selera itu sesak dengan pengunjung yang datang untuk makan malam.

Namun, kebanyakannya hanya ketawa dan merakam video kanak-kanak itu tanpa membantunya.
Apabila video itu tular di media sosial negara itu, ia telah mencetuskan perdebatan netizen di mana ada yang setuju dan ada juga yang tidak setuju dengan tindakan pasangan itu untuk mendisiplinkan anak.
Ini kerana ada yang berpendapat tindakan itu boleh mengajar anak agar mereka tidak akan nakal lagi terutamanya ketika di tempat awam.
Manakala yang tidak bersetuju pula mengatakan tindakan mengikat anak itu mungkin boleh mencederakan anak.