
Gila Lah Aiskrim Petai! Lepas Ni Buat Perisa Sambal Udang Dan Belacan Pula – Netizen
Seiring dengan perubahan trend makanan, terdapat sejenis pencuci mulut yang menjadi kegemaran setiap orang iaitu aiskrim.
Namun, aiskrim sering dilabelkan sebagai pencuci mulut yang harus dielakkan kerana sifatnya yang sejuk dan rasanya yang manis.
Terbaharu, tular sebuah video memaparkan satu lagi resepi yang menyajikan perisa ‘rare’ iaitu aiskrim petai dikongsikan di aplikasi TikTok, baru-baru ini.
Menerusi hantaran dikongsikan oleh @zamaiskrim, pengguna tersebut berkongsi resepi mudah membuat aiskrim perisa petai yang pastinya lain daripada yang lain.
Dalam video berkenaan, memaparkan bahan dan cara-cara untuk membuat aiskrim petai yang boleh dicuba pengguna di rumah.
Perkongsian resepi itu mendapat perhatian ramai di mana mereka turut tidak menyangka terdapat individu terfikir untuk membuat aiskrim perisa petai.
Tidak kurang juga ada netizen berseloroh dengan memberi cadangan supaya pengguna tersebut membuat aiskrim berperisa sambal belacan, sambal udang, jering, tempoyak dan banyak lagi menu dinyatakan.
Nak tahu rasa aiskrim petai, haaa ini jawapannya!
Sementara itu, @zamaiskrim menjawab pertanyaan ramai mengenai rasa aiskrim perisa petai dan mendedahkan tahap kesedapan adalah kosong daripada lima bintang.
Baca : Sekumpulan Gadis Tak Perasan Selisih Dengan ‘Sesuatu’ Masa Hantar Kawan Balik Rumah