TerasMalaysia

Golongan T20 Paling Banyak ‘Langgar’ Buat Cermin Gelap Dan Ubah Nombor Plat

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Golongan T20 Paling Banyak ‘Langgar’ Buat Cermin Gelap Dan Ubah Nombor Plat. Menurut laporan eksklusi, dalam satu tinjauan dan eksperimen sosial yang dilakukan oleh Pusat Pentadbiran dan Pengajian Politik (Cent-GPS) sejak Mei lalu, didapati kesalahan kenderaan dengan nombor plat ‘fancy’ dan cermin gelap yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) lebih banyak dilakukan oleh pemilik kenderaan mewah.

Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Hafidzul Hilmi Mohd Noor tersebut, 8 peratus daripada kereta yang melakukan kesalahan nombor plat kenderaan adalah kenderaan bernilai RM50,000 atau kurang pada harga pasaran.

“Sebanyak 13 peratus adalah kenderaan bernilai antara RM80,000 hingga RM120,000. Sebanyak 13 peratus lagi adalah kereta dengan harga antara RM120,001 hingga RM160,000.

“Namun sebahagian besar daripada kereta yang menggunakan nombor plat kenderaan ‘fancy’ adalah kenderaan bernilai lebih daripada RM160,000 iaitu mewakili 56 peratus dari kenderaan dicatatkan,” jelas kenyataan tersebut.

“Pasukan Cent-GPS ditempatkan di sekitar ibu kota sewaktu trafik sibuk pada hari bekerja bagi melakukan tinjauan itu. Daripada pemerhatian dilakukan, terdapat kenderaan yang mempunyai nombor plat dengan tulisan ‘italic’ serta tidak langsung mempunyai jarak di antara huruf dan nombor.

“Susulan itu kami mencatatkan jenama dan model kereta berkenaan sewaktu melakukan pemerhatian berkenaan,” jelas kenyataan Cent-GPS itu lagi.

Golongan T20 Paling Banyak ‘Langgar’ Buat Cermin Gelap Dan Ubah Nombor Plat

Data yang diperolehi itu juga dikategorikan kepada 3 jenis kereta iaitu Continental (buatan Barat), Asia dan Malaysia.

“Kami mendapati 33.4 peratus daripada keseluruhan pemilik kenderaan dengan nombor plat ‘fancy’ ini membabitkan kereta model Continental (seperti Mercedes, BMW, Audi dan sebagainya).

“51 peratus kereta pula melakukan kesalahan sama adalah model kereta dihasilkan pengeluar kereta Asia seperti Honda, Toyota, Hyundai dan sebagainya.

“Hanya 15.6 peratus kesalahan dilakukan kenderaan tempatan yang kebanyakannya membabitkan model Proton X70,” tambahnya.

Sementara itu, didapati sebanyak 58.5 peratus nombor plat ‘fancy’ juga adalah dari kenderaan yang tergolong dalam kategori pendapatan T20 (kumpulan berpendapatan tertinggi dan pendapatan untuk isi rumah melebihi RM10,971 sebulan).

25.6 peratus pula termasuk dalam pendapatan kategori M40 (kumpulan berpendapatan sederhana antara RM4,851 sehingga RM10,970) dan hanya 15.9 peratus dalam kategori B40 (pendapatan isi rumah di bawah RM4,850).

Angka tersebut diperolehi dengan mengandaikan bahawa setiap kenderaan yang melalui kaji selidik adalah dibeli menerusi pinjaman bank dengan tempoh lima tahun bayaran balik tanpa bayaran muka.

Namun, terdapat juga kemungkinan besar bahawa kereta yang dinilai pada taraf T20 sebenarnya adalah dimiliki oleh pemilik M40 yang berbelanja lebih untuk bayaran pinjaman bank kereta.

“Walaupun eksperimen sosial Cent-GPS ini ringkas namun hasilnya harus membuatkan rakyat berfikir tentang budaya dan masyarakat Malaysia secara amnya.

“Dengan kereta bernilai lebih RM160,000 mendominasi kedua-dua kategori kesalahan nombor plat ‘fancy’ dan cermin gelap melebihi had dibenarkan, kita perlu mempersoalkan mengapa masyarakat Malaysia melayan golongan ini dengan lebih keistimewaan,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, 16,561 pemilik kereta yang menggunakan nombor pendaftaran ‘fancy’ juga dikatakan masih gagal menjelaskan saman masing-masing sehingga kini.

Ini menunjukkan mereka yang memiliki kenderaan mewah ini kebanyakannya masih lagi tetap dengan sikap ego, degil dan angkuh mereka.

BACA:

Betul Ke ‘Telur Ayam Kampung’ Benar-Benar Menguatkan Tenaga Batin! Ini Penjelasannya

Dua Lelaki Maut, Padah Akibat Berlumba

Tak Sangka Cara Ini Boleh Buat Kain Lap Dapur Tanggal Semua Kotoran Dan Lebih Wangi Tanpa Rendam

Leave a Comment